web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dedikasi 2 Jam Sehari Berbakti Pada 100 Kucing Jalanan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 12:34PM

Nor Izyan bersama kucing yang diberi nama Jingga (kiri) dan Tammy yang merupak sebahagian kucing jalanan yang diberi makanan dan rawatan olehnya di Pantai Cahaya Bulan di sini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Hampir setiap petang Nor Izyan Syahida Rosli akan berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan, gadis berusia 26 tahun ini bukannya seorang figura terkenal ataupun selebriti, namun kehadirannya amat dinantikan ratusan “peminat” setia di lokasi tersebut.

Sejak setahun lalu, menjadi rutin harian Nor Izyan Syahida datang bersama ‘buah tangan’ buat peminatnya, iaitu lebih 100 ekor kucing jalanan yang rata-rata dibuang pemilik asal, malah ada yang sakit dan amat memerlukan rawatan.

Bercakap kepada Bernama, ‘self feeder and rescuer’ (pemberi makanan dan penyelamat persendirian) kucing jalanan Nor Izyan Syahida berkata, kali pertama beliau datang ke lokasi tersebut kira-kira setahun yang lepas sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua kilogram makanan kucing yang dibawanya habis dalam tempoh singkat.

“Ketika itu, saya lihat sendiri bagaimana kucing di sini mencari makanan, ada yang menyelongkar tong sampah di sekitar lokasi ini tetapi makanan tidak ada. Tersentuh melihat perkara tersebut, saya teruskan aktiviti memberi makanan dan minuman kepada kucing di sini sehingga hari ini,” katanya.                                                                                             

Perlu berulang-alik kira-kira 24 kilometer dari kediamannya di Kampung Langgar ke lokasi tersebut, serta meluangkan masa dua jam dalam kehidupan hariannya untuk aktiviti itu, Nor Izyan Syahida tidak kisah asalkan niat membantu mamalia tersebut dapat dicapai.

“Bantuan untuk makanan kucing disumbangkan oleh ‘Dady Oyen Strays Malaysia’, mereka akan agihkan kepada ‘feeder dan rescuer’ kucing jalanan di seluruh negara termasuk kepada saya.

“Selain itu, sumbangan turut diterima dari orang awam yang terpanggil untuk turut sama menyalurkan bantuan kepada kucing jalanan di sini dan secara purata sejumlah RM150 diperlukan sehari untuk membeli makanan basah dan kering buat kucing di sini, tidak termasuk ubat-ubatan,” katanya yang mendapat sokongan kuat ahli keluarganya menjalankan aktiviti itu.

Apa yang lebih menarik lagi, Nor Izyan Syahida bukan sahaja meluangkan masa untuk memberi makanan, malah graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Hubungan Antarabangsa) Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini, turut memberi rawatan segera kepada kucing yang memerlukan.

“Selain makanan, setiap kali datang ke sini saya turut membawa ubat-ubatan seperti antibiotik, ubat tahan sakit, vitamin, penggalak imunisasi dan makanan pelengkap.

“Ini kerana ada kucing di sini yang memerlukan rawatan kena menghidapi penyakit seperti selesema, demam, sakit mata, cirit-birit, kurap, penyakit kulat sporotrichosis serta diserang virus parvo.

“Jika kucing mengalami gejala sakit yang ringan, saya akan rawat terus di sini, namun jika penyakit lebih teruk saya akan bawa pulang seterusnya bawa ke klinik veterinar,” katanya.

Setahun menghulurkan bantuan kepada kucing jalanan, Nor Izyan Syahida terus tekad untuk meneruskan aktiviti tersebut, namun amat mengharapkan masyarakat lebih peka untuk tidak membuang mamalia tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran