web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sivakumar Akan Bincang Dengan MOF Perincian Peruntukan Rumah Ibadat Hindu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 9:29PM

V Sivakumar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU GAJAH - Menteri Sumber Manusia V Sivakumar akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan mengenai perincian peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam dalam Belanjawan 2023.

Beliau yang merupakan menteri India tunggal dalam Kabinet, berkata ia berikutan buat pertama kali rumah ibadat Hindu menerima peruntukan sebegitu (termasuk rumah ibadat bukan Islam lain) daripada kerajaan Persekutuan dalam belanjawan negara.

“Semalam, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memperuntukkan RM50 juta bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam.

“Ini termasuk rumah ibadat Hindu, Cina dan Kristian. Ia akan memberi manfaat kepada semua komuniti ini,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya MYFuture Jobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023 di Silverlakes Village Outlet di sini hari ini.

Sivakumar juga memaklumkan sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), selain RM30 juta disediakan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional untuk Skim Pembiayaan Usahawan Mikro India.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam mengumumkan RM50 juta disediakan bagi penyelenggaraan dan baik pulih rumah ibadat bukan Islam seluruh negara dan RM900 juta untuk kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Cadang Buka Peluang Pekerjaan Kepada Bekas Banduan Ganti Pekerja Asing

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4.5 Juta Rakyat Malaysia Mungkin Hilang Pekerjaan Jika Tidak Tingkat Kemahiran

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih RM200,000 Faedah SKSSR Dibayar Kepada Suri Rumah, Keluarga - Sivakumar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Beberapa Pegawai Ditukar Dalam Pembersihan Kementerian Sumber Manusia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad