web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Urus Hutang Negara Dengan Baik, Gunakan Secara Produktif - Pakar Ekonomi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2023 11:00AM

Pengurusan hutang adalah penting dan melihat kepada 'tightening of budget', kerajaan harus fokus kepada apa yang rakyat perlukan dan mahukan. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Negara berhutang bukan satu masalah tetapi ia harus diurus dengan baik dengan menggunakan hutang tersebut secara produktif, umpamanya membuat pelaburan. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Datuk Wira Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, pengurusan hutang adalah penting dan melihat kepada 'tightening of budget', kerajaan harus fokus kepada apa yang rakyat perlukan dan mahukan. 

Menurut Rais Hussin, negara berhutang bukan satu masalah tetapi ia harus diurus dengan baik. - Gambar fail
Menurut Rais Hussin, negara berhutang bukan satu masalah tetapi ia harus diurus dengan baik. - Gambar fail

“Banyak negara yang mempunyai defisit besar dan kecil seperti Jepun dan Singapura. Mereka mempunyai hutang yang besar tetapi hutang yang diambil digunakan untuk tujuan produktif yang membawa pulangan berlipat ganda,” katanya dalam temu bual khas bertajuk 'Belanjawan 2023 Malaysia MADANI' yang diterbitkan Bernama TV semalam. 

Beliau berkata rata-rata kajian EMIR Research telah menunjukkan lebih 95 peratus daripada rakyat memerlukan kos sara hidup yang lebih baik, pekerjaan, usaha mendepani masalah krisis kesihatan dan perumahan.    

“Lebih 600,000 tidak mempunyai pekerjaan dan 1.2 juta belia menganggur. Ini adalah masalah besar,” katanya. 

Sementara itu, Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah berkata pelaksanaan subsidi bersasar ini akan mengambil masa dan berpendapat Belanjawan 2023 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengambil kira segalanya (susbsidi) kerana tempohnya terlalu singkat. 

“Daripada tujuh perkara yang ditekankan oleh Perdana Menteri, hanya dua perkara yang saya lihat penting dan ia adalah kebimbangan hutang yang lebih 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), selain cenderung kepada masalah golongan miskin tegar. Ini dijadikan sasaran. 

“Golongan miskin ini disasarkan untuk dibantu, seperti usaha Menu Rahmah. Ia bukan sekadar slogan, ia lebih daripada itu kerana Perdana Menteri berharap keluarga miskin tidak hidup berlapar dan sekurang-kurangnya masalah ini diatasi,” katanya. 

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff - Gambar fail
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff - Gambar fail

Penganalisis Ekonomi Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School berkata data terperinci adalah penting dan diperlukan untuk membolehkan kerajaan menyalurkan subsidi bersasar dengan tepat.

“Belanjawan 2023 mungkin ada subsidi bersasar untuk barangan tertentu tetapi mungkin tidak dilaksanakan serta-merta sebab kalau kita ada data subsidi bersasar, ia dapat dilaksanakan dengan lebih tepat dan berimpak.

“Saya lihat bukan sahaja kita memulakan dengan data tetapi juga infrastruktur pemantauan. Ini penting, saya tahu ia perlu masa dan saya berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun ini,” katanya. 

Selain itu, Rais Hussin berharap Belanjawan 2023 dirancang menggunakan model input, output dan impak (IOI). 

“Bajet kita hanya menggunakan model input dan output, bermakna dapat sahaja bajet, kita membelanjakannya sebelum 31 Dis, kepantasan untuk berbelanja, tidak mengambil kira hasil atau impak. 

“Bajet perlu dirancang dari mula, menggunakan model IOI dan selepas itu, kita pantau, jangan cepat-cepat nak belanja duit,” katanya. 

Beliau berkata kerajaan juga boleh mempertimbangkan atau memikirkan semula keperluan untuk melaksanakan projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) dan projek 5G Digital Nasional Bhd (DNB). 

Gambar fail
Gambar fail

“Kos MRT3 adalah kira-kira RM50 bilion, perlukah kita buat MRT3 sekarang? Projek 5G DNB ini, bolehkah kita fikirkan semula bagaimana untuk mengurangkan kos dan mengurangkan kos kepada pengguna.

“Ini adalah perkara yang perlu kita fikirkan di luar kotak. Pentadbiran Anwar Ibrahim masih belum mencapai 100 hari. Ia akan mencabar, kita tidak boleh mengharapkan perbezaan secara radikal tetapi kita perlu menangani ketirisan itu,” katanya.

Beliau berkata 24 tahun yang lepas, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia kehilangan RM3 trilion disebabkan ketirisan dan rasuah.

“Melihat kepada hutang negara yang ditanggung kerajaan hari ini, bayangkan jika kita ada RM3 trilion itu. Ketelusan radikal adalah penting dan tadbir urus yang baik adalah kritikal,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Mahkamah Arahkan Jovian Mandagie Jelaskan Hutang RM10 Juta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

'Hutang Tak Bayar Bukan Benda Baharu', Bekas Pekerja Buat Pendedahan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad