web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Sekeluarga Cedera, Kereta Dihempap Pokok Tumbang

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 7:56AM

5 sekeluarga terselamat meskipun kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok ketika melalui Jalan Hutan Masjid Tanah, Melaka, petang semalam. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Berpantang maut sebelum ajal. Itu pepatah yang sesuai dalam insiden lima sekeluarga cedera selepas kereta jenis Proton Wira dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang ketika melalui Jalan Hutan Simpan Masjid Tanah di sini petang semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah Penguasa Bomba Kanan II Zul Akhman Othman berkata dalam insiden pada kira-kira 6.30 petang, kereta itu dinaiki sepasang suami isteri dan tiga anak mereka.

Beliau berkata pasangan itu cedera di kepala manakala kesemua anak mereka cedera ringan dan insiden tersebut turut membabitkan seorang lelaki berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord yang tidak mengalami sebarang kecederaan.

"BBP Masjid Tanah menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.40 petang sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian bersama enam anggota.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira berkenaan dihempap pokok kerana tidak sempat mengelak kerana ia tumbang secara tiba-tiba manakala kereta Honda Accord pula berada di atas pokok yang tumbang itu," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Zul Akhman berkata ketika bomba tiba di lokasi kejadian, kedudukan kereta Proton Wira menghala ke arah Masjid Tanah dari Sungai Udang manakala kereta Honda Accord pula dari arah bertentangan.

Beliau berkata semua mangsa berjaya dikeluarkan orang awam sebelum bomba tiba dan lima sekeluarga itu dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan oleh orang awam serta ambulans.

Katanya pokok itu tumbang merintangi laluan dua hala di jalan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira tiga hingga empat kilometer.

Pokok itu dipercayai tumbang akibat hujan lebat.

Kerja-kerja pemotongan dan pembersihan serta mengalih kedua-dua kenderaan bagi melancarkan aliran trafik mengambil masa kira-kira 45 minit dengan kerjasama orang awam dan anggota tentera. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar