web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Peruntukan Belanjawan 2023 Bukti Komitmen Kerajaan Rencana Pembangunan Inklusif, Holistik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 11:01PM

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut juga seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan serta perdagangan dan sebagai pintu masuk ke rantau Asia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM1.585 bilion kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya pada Belanjawan 2023 secara jelas membuktikan kerajaan komited dalam merencanakan pembangunan negara yang inklusif dan holistik.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan tersebut juga seterusnya mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelaburan serta perdagangan dan sebagai pintu masuk ke rantau Asia.

"Walaupun negara dan dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kesan pandemik COVID, ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan global, dan cengkaman kadar inflasi, namun pada tahun 2022 Malaysia mencatatkan prestasi yang kekal memberangsangkan melalui nilai pelaburan diluluskan dan eksport yang terus mengukuh dengan nilai RM1.42 trilion.

"Ini melepasi sasaran RM 1.25 trilion menjelang tahun 2025 yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12)," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Walaupun negara dan dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran namun pada tahun 2022 Malaysia mencatatkan prestasi yang kekal memberangsangkan melalui nilai pelaburan diluluskan dan eksport yang terus mengukuh dengan nilai RM1.42 trilion - Gambar hiasan
Walaupun negara dan dunia berhadapan dengan pelbagai cabaran namun pada tahun 2022 Malaysia mencatatkan prestasi yang kekal memberangsangkan melalui nilai pelaburan diluluskan dan eksport yang terus mengukuh dengan nilai RM1.42 trilion - Gambar hiasan

Tengku Zafrul berkata, tumpuan kepada tiga bidang utama MITI iaitu pembangunan industri, perdagangan antarabangsa dan pelaburan tempatan dan asing kekal utuh untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi, menambahbaik daya tahan rantaian bekalan serta memperkasa pembangunan modal insan Malaysia.

Beliau menambah, peruntukan Bajet 2023 kepada MITI dan 13 agensi di bawahnya bakal meningkatkan lagi usaha bagi mencapai semua objektif termasuk memudahcara pelaburan terutama dalam sektor berteknologi dan berimpak tinggi selaras dengan Dasar Pelaburan Negara.

Jelasnya, pengutamaan sektor berpotensi besar seperti Elektrikal & Elektronik (E&E) serta aeroangkasa, dari segi insentif cukai pemindahan operasi ke Malaysia dan insentif cukai pendapatan modal insan C-Suite bakal meningkatkan pelaburan oleh syarikat multinasional.

"MITI melalui Halal Development Corporation akan bekerjasama dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi memastikan pelaksanaan Wakaf Madani dengan aset-aset bernilai RM1 bilion bagi menepati keperluan kumpulan sasar," katanya.

Menurut beliau, pelanjutan tempoh insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) sehingga 31 Disember 2025 dengan penambahbaikan tempoh galakan kepada lima tahun bagi aktiviti hijau yang layak adalah selari dengan fokus MITI dalam menggubal rangka kerja kebangsaan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan.

Ujarnya, perbincangan juga akan diadakan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memudahcara penyaluran dana pinjaman kepada syarikat pemula teknologi lestari, bagi membantu syarikat PKS dalam sektor pembuatan beralih kepada proses rendah karbon.

Pengutamaan sektor berpotensi besar seperti Elektrikal & Elektronik (E&E) serta aeroangkasa, dari segi insentif cukai pemindahan operasi ke Malaysia dan insentif cukai pendapatan modal insan C-Suite bakal meningkatkan pelaburan oleh syarikat multinasional - Gambar hiasan
Pengutamaan sektor berpotensi besar seperti Elektrikal & Elektronik (E&E) serta aeroangkasa, dari segi insentif cukai pemindahan operasi ke Malaysia dan insentif cukai pendapatan modal insan C-Suite bakal meningkatkan pelaburan oleh syarikat multinasional - Gambar hiasan

“Dalam mempertingkatkan tahap pendigitalan dan automasi sektor pembuatan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), MITI juga mengalu-alukan dana pembiayaan di bawah BNM yang boleh disalurkan kepada syarikat-syarikat yang layak,” katanya.

Tengku Zafrul menjelaskan, ini termasuk juga langkah memperkasa industri dari segi pembangunan tenaga kerja mahir (skilled labour), termasuk inisiatif Academy in Factory (AiF) yang bakal menyediakan peluang kepada lebih 50,000 pelatih untuk menjalani latihan sambil bekerja di kilang.

"MITI juga sedang memperbaharui dan mengemaskini Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (New Industrial Master Plan 2023 atau NIMP 2023) yang akan mengupas pelbagai isu utama, seperti reformasi struktur, meningkatkan kepelbagaian (complexity) ekonomi negara, mewujudkan ekosistem yang sesuai untuk industri sasaran, serta membina kapasiti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menerapkan prinsip ESG bagi memenuhi permintaan pasaran global," katanya.

Beliau memberitahu, bajet yang disalurkan sekali gus menyokong dasar utama dibangun oleh MITI antaranya, Dasar Pelaburan Baharu berteraskan Aspirasi Pelaburan Nasional, Dasar Automotif Nasional 2020 dan Dasar Negara Mengenai Industri 4.0 (Industry4WRD).

"MITI dan agensinya akan terus cakna dan komited untuk mengukuhkan daya saing ekonomi negara melalui kerjasama erat dengan sektor swasta berasaskan konsep persekitaran yang properniagaan sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani," katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Catat Kemajuan Positif Dalam Daya Saing Global

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Komited Sokong Pertumbuhan Industri Aeroangkasa - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad