web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Catat Kemajuan Positif Dalam Daya Saing Global

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 10:04PM

Pencapaian itu merupakan pengiktirafan kepada keseluruhan usaha kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan asas ekonominya. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemampuan daya saing global Malaysia dalam senarai World Competitiveness Ranking (WCR) 2023 maju lima anak tangga kepada 27 berbanding kedudukan 32 yang disaksikan pada tahun lepas.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, pencapaian itu merupakan pengiktirafan kepada keseluruhan usaha kerajaan Malaysia dalam mengukuhkan asas ekonominya.

"Secara lebih khusus, kemajuan dalam kedudukan ini terhasil daripada dasar serta inisiatif utama MITI dalam meletakkan negara sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan, perniagaan dan perdagangan," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

WCR adalah inisiatif oleh Pusat Daya Saing Dunia (WCC) Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), yang merupakan laporan tahunan terkemuka mengenai daya saing negara-negara yang telah diterbitkan sejak 1989.

WCR IMD ditentukan melalui 336 kriteria daya saing yang dikategorikan kepada empat faktor seperti prestasi ekonomi, kelicinan pentadbiran kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

Malaysia yang menduduki tempat ke-27 dalam kalangan 64 ekonomi, mencatatkan peningkatan dalam keempat-empat faktor daya saing, menandakan kemajuan negara yang menggalakkan dan berdaya tahan terhadap kesan ketidaktentuan serta krisis ekonomi global yang berlarutan, selain cabaran domestik dalam pelbagai aspek.

Tangani isu di peringkat kebangsaan, sub-nasional

Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, walaupun Malaysia menonjolkan prestasi yang baik dari segi harga, infrastruktur asas serta dasar cukai, ia perlu bersungguh-sungguh menangani isu-isu seperti pembangunan bakat tenaga kerja sedia industri, pemikiran pertama digital bagi sektor dan pembaharuan kawal selia untuk fasiliti menjalankan perniagaan di peringkat nasional serta sub-nasional. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Komited Sokong Pertumbuhan Industri Aeroangkasa - Tengku Zafrul

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MITI Lalui Penjenamaan Semula

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa