web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MITI Lalui Penjenamaan Semula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2023 1:48PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui penjenamaan semula, dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Jurucakap kementerian berkata, nama di dalam bahasa Inggeris adalah Ministry of Investment, Trade and Industry, sekali gus mengekalkan akronim sama diguna pakai selama ini iaitu MITI.

Menurut beliau, penjenamaan semula tersebut selaras dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat Kabinet 5 April lalu.

“Penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi kementerian yang menjadi peneraju dan bertanggungjawab untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa dan memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan,” katanya hari ini.

Keputusan itu juga jelas beliau, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional.

“Ia bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani,” katanya.

Jelas jurucakap itu, penjenamaan tersebut membantu MITI untuk terus komited menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi.

“MITI juga akan memperluas jaringan perdagangan antarabangsa serta memperkukuh sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara, bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” katanya.

Sejak dibentuk pada 31 Ogos 1957, MITI adalah pemacu utama dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelaburan berkualiti, dan meningkatkan status negara ini sebagai sebuah negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global.

Objektif dan peranannya adalah berorientasikan ke arah memastikan pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia, dan membantu mencapai matlamat yang dinyatakan untuk menjadi sebuah negara maju. - Getaran, 12 April 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Malaysia Catat Kemajuan Positif Dalam Daya Saing Global

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Komited Sokong Pertumbuhan Industri Aeroangkasa - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad