web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perkasa TVET: Kerajaan Mahu Kolaborasi Industri Atasi Pengangguran Belia, Pastikan Gaji Setimpal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 6:29PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan industri bagi melaksanakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), bagi mengatasi pengangguran belia dan pembayaran gaji yang tidak setimpal dengan kelayakan masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk mencontohi kerjasama diadakan kerajaan Pulau Pinang dengan pemain industri elektrikal dan elektronik yang berjaya menyediakan pekerjaan kepada graduan TVET dengan ‘gaji bermaruah’.

Menurutnya, menerusi kerjasama itu, syarikat seperti Intel, Motorola dan Inari sudah memanfaatkan Penang Skills Development Centre untuk menganjurkan program latihan berdasarkan keperluan mereka.

“Kerajaan berhasrat untuk mencontohi model ini secara rintis melibatkan institusi TVET Persekutuan dengan sasaran 50 buah syarikat, terutamanya dalam kalangan GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

“Syarikat peneraju ini akan mengambil alih sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi TVET, seperti Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILA) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) bagi menyediakan program latihan yang memenuhi keperluan mereka.

“Misalnya PETRONAS menerajui kluster minyak dan gas di Pengerang (Johor), Kimanis (Sabah), Batu Rakit (Terengganu) dan Miri (Sarawak); DRB Hicom (kluster automotif) di Pekan (Pahang); Sunway (kluster perhotelan) serta MRCB (kluster pembinaan),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.

Anwar menegaskan, kerjasama itu perlu dilaksanakan memandangkan negara bukan sahaja menyaksikan kadar pengangguran belia yang tinggi, malah turut terperangkap dalam situasi ‘underemployment’ apabila gaji diterima tidak setimpal dengan kelayakan.

Katanya, data menunjukkan, 90 peratus graduan TVET memperoleh pekerjaan, tetapi 90 peratus daripada jumlah itu hanya dibayar sekitar RM2,000 sebulan.

“Walhal kerajaan berbelanja sehingga RM6.7 bilion untuk TVET. Ini tidak boleh diterima dan pembaharuan perlu dilaksanakan agar 90 peratus graduan TVET menerima gaji lebih RM2,000,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelasnya, pembaharuan itu berupaya menggunakan sumber kerajaan dengan lebih efektif bagi penghasilan graduan TVET yang memenuhi keperluan industri.

Malah, katanya, kerjasama awam-swasta melalui pendekatan baharu seperti itu akan terus diteroka untuk bidang atau perkhidmatan kerajaan yang lain.

Pada masa sama, Anwar berkata, Skim Latihan Dual Nasional (SLDN) diperkukuh dengan peruntukan RM50 juta untuk manfaat lebih 8,000 pelatih bagi mengeratkan kerjasama industri.

“Program Academy in Factory akan dilaksanakan untuk menyediakan peluang kepada lebih 50,000 pelatih menjalankan latihan sambil bekerja di kilang,” katanya. - Getaran, 24 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini