web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi Kuat Landa Indonesia Pagi Jumaat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 11:45AM

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi berita Xinhua. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter melanda wilayah timur Indonesia Maluku Utara pada pagi Jumaat, manakala tiada kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan setakat ini, lapor Xinhua.

Gempa bumi berlaku pada 03.02 pagi waktu tempatan Jumaat (2002 GMT Khamis) dengan pusat gempa terletak 133 kilometer (km) barat laut daerah Pulau Morotai dan kedalaman 112 km di bawah dasar laut, dan tidak mencetuskan tsunami, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik kebangsaan.

Gegaran turut dirasai di wilayah berdekatan Sulawesi Utara, menurut agensi itu.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan kerosakan pada bangunan atau kemudahan infrastruktur, kata Abdul Muhari, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara.

“Penduduk di daerah Pulau Morotai turut merasai gegaran itu,” kata Yusri A Kasim, ketua unit kecemasan agensi bencana di wilayah Maluku Utara.

Indonesia terletak di zon terdedah gempa bumi iaitu "Lingkaran Api Pasifik". - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar