Berita Terkini

8 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 9 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 9 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 9 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 9 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


APMM Selangor Pergiat Usaha Kesan Pemancing Jatuh Laut

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 9:45AM

Mangsa, yang dikenali sebagai Raiman Suyud, 54, telah keluar memancing menaiki sampan bersama seorang rakan pada 11.30 malam semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor mempergiat usaha mencari seorang pemancing yang dilaporkan jatuh laut semasa memancing di pesisir pantai perairan Sementa, Selangor awal pagi semalam.

Pengarah APMM Selangor Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata mangsa, yang dikenali sebagai Raiman Suyud, 54, telah keluar memancing menaiki sampan bersama seorang rakan pada 11.30 malam semalam.

"Sampan yang dinaiki mangsa dan rakannya itu dilanggar oleh pukat tunda bot yang tidak memasang lampu navigasi pada kira-kira 5.30 pagi menyebabkan sampan pecah serta mereka berdua jatuh ke laut.

"Mangsa yang tidak boleh berenang telah mengalami kekejangan kaki dan hanyut manakala seorang lagi berenang ke pesisir pantai dan diselamatkan oleh bot pancing berdekatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kali terakhir mangsa dilihat memakai baju celoreng askar warna hijau dan seluar panjang putih sebelum dilaporkan hilang di laut. 

Siva Kumar berkata operasi itu dikoordinasikan oleh Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim Johor Bahru dan operasi carilamat mula diaktifkan pada 11.20 pagi dengan mengatur gerak bot PERKASA 36.

"Dalam pada itu, Pangkalan Hadapan Carilamat juga ditubuhkan di Jeti Pangkalan Nelayan Sementa, Kapar dekat sini.

“Setakat 7 malam tadi, mangsa masih belum ditemui dan carilamat ditangguhkan kerana faktor penglihatan terhad pada waktu malam," katanya sambil menambah keluasan kawasan pencarian ialah 10 batu nautika persegi di sekitar perairan Sementa.

Operasi carilamat turut melibatkan Pasukan Polis Marin, Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Malaysia serta Komuniti Nelayan Setempat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

APMM Kelantan Tahan 4 Bot, 31 Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pencarian MH370 Tidak Akan Dihentikan - Loke

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bot Jabatan Perikanan Hilang: Identiti 4 Kru Dikenal Pasti

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Maritim Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan SPRM Hapus 'Suapan Bulanan'

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Janji Palsu Scammer Terbongkar, 3 Termasuk Wanita Asing Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

Semasa 1 hari yang lalu

Bakal Jemaah Haji, Sila Jawab Segera Surat Tawaran, Sahkan Tempat Anda - TH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

oleh Wartawan Getaran