web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengerusi Baharu FINAS, MCMC Akan Diumum Dalam Tempoh Seminggu - Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata surat pelantikan bagi jawatan Pengerusi FINAS telah ditandatangani dan proses pelantikan itu sedang dipercepatkan.

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 4:00PM

Fahmi Fadzil berucap ketika sidang media selepas melawat pusat media di Bangunan Parlimen hari ini - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang baharu akan diumumkan dalam tempoh seminggu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata surat pelantikan bagi jawatan Pengerusi FINAS telah ditandatangani dan proses pelantikan itu sedang dipercepatkan.

“Penting bagi FINAS ada pengerusi bagi (mengetuai) Skim Jawatankuasa Wajib Tayang, jadi perlu dipercepatkan (pelantikan pengerusi).

“Pada masa sama, pengerusi MCMC akan diumumkan menjelang 1 Mac ini. Pengerusi interimnya memaklumkan ada beberapa perkara teknikal perlu diselesaikan, maka pengerusi perlu diumumkan dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media di Pusat Media Parlimen, di sini hari ini.

Terdahulu, Fahmi bersama timbalannya Teo Nie Ching meninjau operasi Pusat Media Parlimen selain beramah mesra dengan petugas media.

Fahmi berkata bagi memudahkan liputan media di Dewan Rakyat, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama pihak pentabiran Parlimen akan meningatkan mutu liputan Internet serta menyediakan keperluan lain bagi petugas media.

“Selain itu, aduan mengenai harga makanan di Parlimen yang agak mahal, saya akan cadangan kepada pihak berkaitan untuk kita perluaskan inisiatif Menu Rahmah di Parlimen.

“Parlimen ini juga tempat rakyat datang, jadi jika harga (makanan) tak mesra rakyat, ia akan memberi kesan...saya teliti supaya Menu Rahmah diperluaskan di sini, walaupun bukan bidang kuasa saya, tapi ada kewajaran untuk diadakan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 4 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar