web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hadi Dakwa Pihak Kecam Program HIMPIT Terikut Dengan Islamofobia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 11:00AM

Hadi Awang mendakwa pihak yang mengecam perarakan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 di Setiu, Terengganu Jumaat lalu seolah-olah terikut dengan Islamofobia. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa pihak yang mengecam perarakan program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) 2023 di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu seolah-olah terikut dengan Islamofobia.

Dakwa beliau, pihak terbabit juga menggambarkan kedudukan Islam sebagai agama yang menakutkan.

"Apa yang mereka takut sangat pada Islam ini. Seolah-seolah Islamofobia dengan pelbagai tuduhan, tohmahan, fitnah yang dilakukan.

"Orang Islam bawa pedang kayu pun takut, sedangkan musuh Islam guna senjata nuklear yang memusnahkan, yang diharamkan oleh Islam tak apa. Umat Islam bawa pedang kayu tak boleh,” katanya seperti dilaporkan portal BH.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Makan Malam Pra Satu Dekad Khidmat Malaysia di sini, malam tadi.

Menurut Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, malangnya terdapat pihak yang terpengaruh dengan naratif ketakutan yang cuba digambarkan pihak tertentu itu.

“Malangnya ada orang yang terpengaruh seolah-olah Islam ini menakutkan. Kejayaan Islam bukan dengan senjata, tetapi adil, hikmah,” katanya.

Beberapa hari lalu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempertahankan perhimpunan itu dengan menegaskan ia tidak wajar dibesar-besarkan.

Malah katanya, perarakan tersebut sama dengan opera Cina di mana pelakonnya turut membawa pedang dan lembing.

Pada Selasa lalu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan turut mengecam umat Islam yang ‘paranoid’ dengan tindakan sekumpulan ahli pemudanya berarak membawa replika pedang, lembing dan perisai pada program terbabit.

Beliau membandingkan perarakan Pemuda PAS Terengganu dalam program HIMPIT memperagakan pakaian ala tentera Islam zaman silam dengan perarakan lain yang diadakan di negara ini termasuk perarakan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan.

Katanya, terdapat juga pertunjukan adu senjata menggunakan tombak, lembing, pedang dalam opera dan upacara budaya serta agama kaum tertentu dalam negara.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan penganjuran perarakan tersebut sebagai tidak wajar dan mengundang keresahan awam.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memandang serius acara tersebut yang tular di media sosial ini sehingga menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, sebarang perbuatan mempamerkan dan meluahkan semangat dengan diselangi simbol berupa senjata atau ketenteraan amatlah tidak wajar.

Terdahulu, PAS menganjurkan program HIMPIT 2023 yang gambarnya tular apabila sekumpulan pemuda berarak dengan replika pedang, lembing dan perisai.

Program HIMPIT adalah sebuah acara tahunan yang diadakan di Setiu, Terengganu pada Jumaat lalu dengan menghimpunkan seluruh jentera Pemuda PAS Terengganu.  – Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Selamat Selepas Kereta Dipandu Langgar Gajah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nasib Baik Sempat Menyelit, Kalau Tak....

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Anggota OIC Perlu Bekerjasama Tangani Islamofobia - TPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad