web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anggota OIC Perlu Bekerjasama Tangani Islamofobia - TPM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2023 9:12AM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata menjadi tanggungjawab bersama negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menentang Islamofobia dengan menggalakkan dialog, meningkatkan kesedaran dan menyebarkan mesej positif Islam kepada dunia.

Beliau berkata menangani Islamofobia memerlukan penglibatan pelbagai peringkat bersama anggota masyarakat antarabangsa, mekanisme yang ada pada Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), serta organisasi antarabangsa lain.

“Ajaran Islam yang sebenar dan cara hidup yang dipegang dalam Al-Quran dan Hadis perlu ditunjukkan,” katanya pada majlis makan malam bersama 29 ketua misi dan wakil dari negara anggota OIC di sini malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin.

Ahmad Zahid berkata majlis malam tadi menunjukkan nilai dan komitmen OIC untuk bersama menjaga dan melindungi kepentingan dunia Islam dalam semangat mempromosikan keamanan dan keharmonian antarabangsa.

“Sebagai negara anggota OIC, kita perlu secara berterusan mengutuk tindakan biadab Israel terhadap Masjid Al-Aqsa dan di Wilayah Pendudukan Palestin secara keseluruhannya.

“Tindakan keji rejim itu adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berbahaya. Ia juga menimbulkan ancaman besar kepada nilai bersama dan aspirasi untuk keamanan,” katanya.

Zahid berkata anggota OIC perlu secara berterusan membabitkan masyarakat antarabangsa yang lain dan mengesa mereka menjadi perantara yang agresif terhadap kekejaman Israel.

Beliau berkata kerajaan Israel perlu dipertanggungjawabkan ke atas perlakuan kejam yang dilakukan secara terang-terangan.

“Lima puluh enam tahun sudah berlalu sejak aneksasi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza, namun perjuangan diteruskan.

“Pelanggaran undang-undang dan kekejaman dilakukan Israel telah mewujudkan ketidakamanan di rantau itu. Pembunuhan yang menyalahi undang-undang, pemindahan secara paksa, penahanan secara salah, sekatan pergerakan dan perluasan penempatan perlu dihentikan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata salah satu kebimbangan adalah cubaan penjajah Yahudi untuk mencetuskan konflik agama dengan mengenakan temporal dan pembahagian ruangan Masjid Al-Aqsa serta tindakan aparteid seperti itu, menimbulkan ancaman besar kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.

Beliau berkata tindakan tentera Israel yang melulu dan menyalahi undang-undang melanggar Perjanjian Status Quo yang dimulakan pada 1757.

“Anggota OIC perlu meningkatkan usaha untuk meminta Israel bertanggungjawab atas tingkah laku kejamnya di wilayah yang diduduki, sebelum keadaan semakin tidak terkawal.

“Adalah penting bahawa kuasa pendudukan mematuhi undang-undang antarabangsa, tanpa ada sebarang pengecualian. Kegagalan berbuat demikian hanya akan memupuk dan mengekalkan budaya ketidakadilan dan bebas daripada hukuman,” katanya.

Ahmad Zahid berkata dalam melindungi Al-Aqsa, negara-negara Islam mesti konsolidasikan pendekatan mereka.

“Kita memerlukan pendekatan yang proaktif dan praktikal. Ia harus merangkumi kepimpinan yang berani, kemahuan politik yang kuat, perpaduan, kekuatan dan nilai yang menunjukkan kepercayaan yang kita kongsi bersama.

“Tindakan baharu ini akan menghantar mesej kuat kepada dunia bahawa kesatuan kita tidak mengenal sempadan dalam menjaga rumah Allah ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata sebagai sebuah negara, Malaysia akan terus berdiri teguh dalam keazamannya untuk menangani isu Islamofobia.

“Komitmen Malaysia terhadap agenda OIC, khususnya mengenai Al-Aqsa, tidak berbelah bahagi dan tegas,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam