web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rasional Kemasukan Pakar Perumahan Singapura Antara Tumpuan Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 9:30AM

Isu rasional kemasukan pakar perumahan Singapura ke Malaysia antara yang dibangkitkan hari ini. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu mengenai rasional kemasukan pakar perumahan Singapura ke Malaysia sedangkan negara mempunyai pakar perancangan bandar tempatan yang boleh dimanfaatkan, antara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Shaharizukirnain Abd Kadir (PN-Setiu) kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri. 

Pada sesi soal jawab pula, P. Prabakaran (PH-Batu) meminta Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula kebenaran penggunaan aplikasi Telegram, Wechat, Michat dan beberapa aplikasi chat lain yang dilihat banyak pengaruh negatif kepada generasi muda.

Turut tersenarai, soalan Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar) yang meminta Perdana Menteri menyatakan tahap kesediaan agensi pengurusan bencana dalam mendepani bencana alam seperti kes tanah runtuh Batang Kali.

Selain itu, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) akan mengajukan soalan kepada Menteri Pendidikan Tinggi mengenai sama ada kerajaan bercadang memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang telah berusia 52 tahun untuk digantikan dengan akta baharu yang bersesuaian dengan zaman kini. 
Persidangan hari ini kemudian diteruskan dengan sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja mengikut kementerian masing-masing. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan