web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selamat Jalan Fahim! Remaja ‘Tertidur’ Dalam Kontena Dihantar Pulang Ke Bangladesh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 7:07AM

Saifuddin Nasution bertemu Md Ratul Islam Fahim di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam tadi. - Gambar dari Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas memasuki negara ini secara tidak sengaja dengan menaiki kapal membawa kontena sejak 17 Januari lalu, remaja lelaki Bangladesh, Md Ratul Islam Fahim akhirnya dihantar pulang ke negara asalnya.

Remaja berusia 16 tahun itu berlepas ke Dhaka pada 7.45 malam tadi ditemani wakil kedutaan Bangladesh di Malaysia untuk diserahkan semula kepada keluarganya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir bagi bertemu remaja terbabit di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam tadi.

Menurut beliau, kes remaja berusia 16 tahun itu disahkan sebagai insiden penumpang ‘gelap’ dan tiada kaitan jenayah pemerdagangan manusia.

Saifuddin Nasution Ismail
Saifuddin Nasution Ismail

“Kita bersyukur satu keajaiban dia masih hidup walaupun terkurung beberapa hari dalam kontena dan kapten kapal mengesahkan sebagai kes stowaway atau penumpang gelap,” katanya.

Justeru, beliau menggunakan peruntukan Seksyen 55 Akta Imigresen 1959 untuk membuat pengecualian agar mangsa dibawa ke depoh tahanan meskipun tiada dokumen perjalanan sah.

Malah katanya, Fahim dilayan atas dasar kemanusiaan selaras Malaysia meratifikasi Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) 1989.

Ini termasuk memberi keutamaan kepada mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

Selepas sembuh, katanya, kanak-kanak itu diletakkan di bawah jagaan Yayasan Chow Kit atas kelolaan Datuk Dr Hartini Zainuddin bermula 26 Januari lalu bagi menyediakan dokumen perjalanan pulang.

“Dalam tempoh itu, saya juga ada mengadakan lawatan rasmi kerja ke Bangladesh bagi membincangkan soal tenaga kerja dengan kerajaan di sana dan sempat bertemu dengan Menteri Dalam Negeri Bangladesh serta memaklumkan akan menghantar pulang remaja terbabit.

“Kita permudahkan penghantaran pulang remaja ini dengan menyediakan tiket penerbangan dan ditemani pegawai kedutaan Bangladesh di Malaysia bagi memastikan dia selamat sampai serta bertemu dengan keluarganya di Dhaka,” katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebook, Saifuddin turut berkongsi detik sebelum penghantaran pulang Fahim ke Bangladesh.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan tersebut.

“Alhamdulillah, hari ini (malam tadi) Fahim dihantar pulang ke pangkuan keluarganya.

“Terima kasih kepada Jabatan Imigresen (JIM); Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia, TYT Md Golam Sarwar; Dr Hartini dari Yayasan Chow Kit dan semua pihak membantu melancarkan urusan ini. Selamat jalan Fahim,” katanya.

Kisah Fahim yang terperangkap dalam sebuah kontena selama enam hari sebelum tiba di Pelabuhan Klang, Selangor pada 17 Januari lalu menggemparkan negara.

Video penemuan remaja terbabit turut tular di media sosial.

Kandungan video berdurasi 56 saat itu memaparkan Fahim dalam keadaan lemah tidak bermaya keluar daripada kontena sebaik pintunya dibuka oleh anggota polis bantuan pelabuhan berkenaan.

Sumber memaklumkan, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu.

Siasatan awal juga mendapati, remaja terbabit tertidur di dalam kontena dan tidak menyedari ia diangkut ke dalam kapal sebelum berlepas dari pelabuhan. - Getaran, 22 Februari 2023

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad