web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Panas, Tuan Ibrahim Dakwa Titah Agong Disediakan Putrajaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 5:32PM

Tuan Ibrahim (kanan) menegaskan bahawa teks ucapan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kurang menekankan aspek tertentu agenda Malaysia Madani. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) membayangkan bahawa titah perasmian Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15, disediakan kerajaan.

Dalam perbahasan titah diraja, Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa teks ucapan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kurang menekankan aspek tertentu agenda Malaysia Madani.

“Sayangnya titah Yang di-Pertuan Agong disediakan pihak kerajaan, kalau lihat para ke-enam yang mana inisiatif negara Madani rangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, hormat, keyakinan, ihsan dan rahmah.

“Tidak ditulis nilai keadilan sebagai teras, sedangkan nilai keadilan perlu dibawa dalam ucapan baginda dalam Parlimen dan bukan hanya tersedia dalam dokumen luar Parlimen,” katanya.

Bangun menentang dakwaan Timbalan Presiden PAS itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36(6) yang menetapkan bahawa tiada ahli boleh mengaitkan motif tidak wajar kepada mana-mana ahli lain, dengan mendakwa Tuan Ibrahim telah mempersoalkan titah Agong secara tidak adil.

“Mengatakan titah diraja dibekalkan oleh kerajaan adalah tidak benar dan merupakan satu andaian yang tidak wajar terhadap Agong,” katanya sambil meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau mengarahkan Tuan Ibrahim menarik semula kenyataan tersebut.

Tuan Ibrahim bagaimanapun menegaskan, menjadi amalan biasa bagi kerajaan hari ini untuk menyerahkan teks ucapan kepada Agong, yang akan menentukan sama ada ia akan digunakan atau tidak.

Bagaimanapun, Rayer tetap mahukan mantan Menteri Alam Sekitar dan Air terbabit memohon maaf atas kenyataannya.

“Bagaimana kamu (Tuan Ibrahim) tahu Agong menerima teks ucapan (daripada kerajaan) atau jika titah yang didengar di Parlimen adalah yang dicadangkan oleh Kabinet?

“Ada kemungkinan Agong menyunting (teks). Tarik balik kenyataan dan minta maaf di Dewan yang mulia ini,” katanya.

Bangun mencelah, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) berkata, adalah tidak benar jika mendakwa ucapan itu datang semata-mata dari Putrajaya walaupun sememangnya ia disediakan kerajaan.

“Titah Agong memang dipersembahkan oleh kerajaan dalam Kabinet tetapi sebaik sahaja Agong menerima teks itu, ia menjadi titah Seri Paduka Baginda, bukan Kabinet. Itulah adabnya,” katanya.

Selepas itu, Lau membenarkan Tuan Ibrahim meneruskan ucapannya.

Keputusan tersebut disambut dengan sorakan dan tepukan daripada penyokong pembangkang, yang sebahagian daripada mereka melaungkan bahawa Rayer “tidak faham” dan “membuat kekecohan”. - Getaran, 21 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Peruntukan Untuk Pembangkang: 3 MP Wakili PN Adakan Rundingan

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Belajar Daripada BERNAS, Top Glove Digesa Kongsi Keuntungan Dengan Penoreh

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Diberi Mandat Dengan Hutang Negara Melebihi RM1 Trilion’ - Anwar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Didakwa Tabur Fitnah: Tuan Ibrahim Saman Rafizi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad