web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Didakwa Tabur Fitnah: Tuan Ibrahim Saman Rafizi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 12:43PM

Tuan Ibrahim Tuan Man memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, susulan kenyataannya berhubung kelulusan projek tebatan banjir yang dilakukan selepas pembubaran Parlimen.

Beliau berkata, tindakannya mengemukakan saman itu selepas Rafizi tidak memberikan sebarang respon bertulis dalam masa tujuh hari seperti ditetapkan untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

Katanya, Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan itu difailkan menerusi peguamnya, Tetuan Yusfarizal Aziz pada jam 4 petang semalam.

“Seperti umum ketahui, saya menghantar notis tuntutan bertarikh 10 November lalu kepada Rafizi atas kenyataan beliau yang sangat tidak bertanggungjawab dan memfitnah saya.

“Saya memberikan masa tujuh hari untuk beliau memohon maaf dan menarik balik kenyataan tersebut.

“Namun, Rafizi tidak memberikan apa-apa respon bertulis kepada peguam saya, namun mengambil tindakan terus-terusan memfitnah saya dengan kenyataan demi kenyataan tidak berpaksi kepada kebenaran,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menegaskan, rakyat sudah tentu ingat bagaimana Tan Sri Khalid Ibrahim ‘dijatuhkan’ daripada kerusi Menteri Besar Selangor kerana taktik fitnah.

Justeru, katanya, demi menghentikan budaya politik fitnah, perbuatan Rafizi membuat tuduhan jahat, penyelewangan fakta dan penipuan yang jelas bertujuan untuk memfitnah serta menghancurkan kredibilitinya dan PAS di ambang pengundian esok, perlu diambil tindakan mengikut lunas undang-undang untuk mencari keadilan serta kebenaran.

Malah, Tuan Ibrahim berharap mereka yang difitnah Rafizi turut akan mengikut jejak beliau mengambil tindakan saman.

“Insya-Allah, saman tersebut sudah diterima mahkamah dan peguam saya akan menyampaikan saman tersebut kepada Rafizi.

“Saya berharap agar Rafizi berani berhadapan dengan proses mahkamah mengikut lunas undang-undang, bukan hanya berkokok melaungkan fitnah di media sosial serta pentas ceramah.

“Saya sahut cabaran Rafizi untuk menyaman beliau. Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan setebal 73 muka surat serta pihak mahkamah sudah menerima writ saman tersebut,” katanya.

Terdahulu, Rafizi menggesa Tuan Ibrahim memberi penjelasan berhubung status kelulusan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion.

Rafizi mendakwa, kementerian itu dalam proses menganugerahkan projek secara rundingan terus kepada kontraktor dilantik yang sama sekali melanggar undang-undang kerana tiada sebarang keputusan, aku janji atau anugerah boleh dibuat dalam tempoh kerajaan sementara. – Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad