web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kertas Pandora, Pelaksanaan Malaysia Madani Dibangkit Di Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 10:22AM

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkembangan siasatan Kertas Pandora, konsep gagasan Malaysia Madani dan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur antara isu dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, soalan berkenaan akan dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Bagi soalan Kertas Pandora yang dibangkitkan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong), beliau turut meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian kerajaan terhadap isu itu serta tindakan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara (BNM) dan polis.

Ahmad Fadhil Shaari (PN-Pasir Mas) yang bertanyakan mengenai pembentukan konsep Malaysia Madani antara lain ingin mengetahui sejauh mana konsep itu diaplikasikan dalam sistem pentadbiran dan dasar-dasar semasa kerajaan.

Sementara itu, Azli Yusof (PH-Shah Alam) membangkitkan sama ada kerajaan bercadang meneruskan pembangunan Kampung Baru yang diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan daripada Kerajaan Pakatan Harapan pada 2018-2020 selaras sasaran Wilayah Persekutuan sebagai bandar pintar menjelang 2030.

Semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, Datuk R.Ramanan (PH-Sungai Buloh) meminta Menteri Pengangkutan menyatakan sama ada jumlah bas pengantara akan ditambah selain tambahan laluan bas perantara untuk kegunaan rakyat.

Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengajukan soalan kepada Menteri Luar mengenai langkah-langkah bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa scam atau penipuan di luar negara terutama di Myanmar.

Tindakan kerajaan bagi menghalang penghijrahan doktor perubatan ke luar negera serta jumlah doktor kontrak yang belum diberikan taraf tetap akan disoal oleh Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib (PN-Maran) kepada Menteri Kesihatan.

Selesai sesi soal jawab, Ahli Dewan Rakyat akan mengambil bahagian menyambung semula sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 29 hari bermula 13 Februari hingga 30 Mac. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar