web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Anggota Komando Selamat Tiba Di Sandakan, Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2023 9:40AM

Pada kira-kira 10 malam, mayat mendiang dibawa ke tempat kelahirannya di Kampung Maliau, Tongod iaitu kira-kira 182 kilometer dari sini, bagi urusan pengebumian - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SANDAKAN - Mayat Lans Koperal Edrin Baintim, 25, yang ditemukan terdampar semalam di paya bakau di Batu 8, Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Banting, Selangor selamat tiba di Lapangan Terbang Sandakan di sini pada 9.25 malam tadi.

Ketibaan mayat mendiang, yang diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang dengan pesawat Hercules C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 5.30 petang tadi, disambut Penolong Pegawai Pemerintah Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Kem Sri Kinabatangan Mejar Shah Wira Ma’rof.

Anggota tentera turut memberi penghormatan terakhir kepada Edrin, seorang anggota Tentera Darat daripada Grup Gerak Khas (GGK) atau komando, di lapangan terbang itu.

Beberapa ahli keluarga terdekat mendiang turut mengiringi jasadnya ke Sandakan dengan menaiki pesawat TUDM.

Pada kira-kira 10 malam, mayat mendiang dibawa ke tempat kelahirannya di Kampung Maliau, Tongod iaitu kira-kira 182 kilometer dari sini, bagi urusan pengebumian.

Pada 7 Februari lepas, Edrin dilaporkan hilang ketika menjalani latihan menyelam di 0.7 batu nautika barat daya Pulau Undan, Melaka.

Mendiang hilang ketika latihan eksesais 'Pari Harimau' iaitu kursus juruselam bersama enam pegawai dan 37 peserta dari Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) Sungai Udang, Melaka sebelum mayatnya ditemukan orang ramai dalam keadaan terdampar dan lengkap berpakaian sut penyelam di pantai bakau Tanjung Sepat, Selangor pada 10.15 pagi semalam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekas Komando Dilapor Hilang Ditemui Mati

2

Kisah Kita 4 tahun yang lalu

Jerangkap Samar Tak Bunuh Semangat Komando Berkhidmat Untuk Negara

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad