web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jerangkap Samar Tak Bunuh Semangat Komando Berkhidmat Untuk Negara

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 9:05PM

Hussin menunjukkan antara pingat yang diterimanya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - “Syukur saya masih diberikan nyawa untuk meneruskan kehidupan walaupun kehilangan pergelangan kaki kiri.

“Meskipun kini cacat seumur hidup, saya tidak pernah malu sebaliknya bangga kerana insiden itu berlaku ketika saya berjuang mempertahankan negara,” luah bekas komando Hussin Mahbeb, 72.

Mengimbas tragedi tersebut, Hussin memberitahu, dia sedang berkhidmat dalam Rejimen Gerak Khas (RGK) dan ditugaskan menghapuskan komunis dalam Ops Gubir di Kedah, sempadan Malaysia-Thailand pada 21 April 1976.

“Saya langsung tidak menduga, ia adalah operasi terakhir disertai kerana terpijak jerangkap samar dipasang komunis.

“Boleh dikatakan sebelum kejadian, sudah beratus jerangkap samar ditanam komunis dapat dielak tetapi qada dan qadar tiada siapa boleh mengubahnya,” katanya, tersenyum pahit.

Hussin berkata, ia berlaku ketika dia cuba menyusup masuk ke kubu komunis, apabila seorang rakannya terpijak jerangkap maut berkenaan.

Hussin menunjukkan kakinya yang terkena jerangkap samar.
Hussin menunjukkan kakinya yang terkena jerangkap samar.

“Melihat situasi itu, saya bersama yang lain cuba membantu, tapi tiba-tiba merasakan seolah melambung ke belakang.

“Saya hanya mampu melihat kaki kiri sudah hancur, manakala ibu jari terkulai dan cuba bertenang sementara menanti bantuan tiba,” katanya.

Situasi jelas Hussin, semakin getir apabila dia pada masa sama perlu mengelakkan dari serangan hendap pasukan komunis, sambil menanti ketibaan helikopter penyelamat.

“Dalam keadaan sakit saya cuba untuk bertahan, sementara menanti diterbangkan ke hospital di Alor Setar, dan Alhamdulillah, umur saya masih panjang,” katanya.

Tentera veteran berjiwa besar itu berkata, peristiwa hitam berkenaan mengubah keseluruhan hidupnya namun sama sekali tidak mematikan semangat untuk terus berkhidmat.

“Mungkin jiwa komando yang sudah sebati ini membuatkan saya tidak serik dan masih meneruskan khidmat selepas sembuh.

“Walaupun tidak lagi sempurna seperti dahulu namun perjuangan perlu diteruskan dan saya bersyukur, khidmat saya masih diperlukan sehingga bersara wajib pada 24 April 1992,” katanya.

Ujar bapa enam anak itu, dia berbangga kerana tiga anak termasuk seorang cucu mengikut jejak langkahnya untuk menabur bakti sebagai anggota tentera.

“Cabarannya sudah tentu berbeza berbanding dahulu, namun tanggungjawab tetap sama iaitu menjaga dan melindungi negara.

“Saya harap janganlah ada pihak yang memperlekehkan tentera sehingga mengatakan kami sekadar ‘makan gaji buta’ kerana banyak sekali perkara dikorbankan, termasuk waktu bersama keluarga,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Politik 1 minggu yang lalu

RUU 7 ADUN Lantikan Dilulus, DAP Tarik Sokongan Terhadap Kerajaan Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Sorotan

1

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

2

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

3

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

4

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

5

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

6

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH