Berita Terkini

6 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 7 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Najib Tidak Dapat Perbicaraan Adil, Hisyam Hanya ‘Hiasan’ - Shafee

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 2:49PM

Muhammad Shafee Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pasukan pembelaan bagi permohonan semakan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd dihadapi Datuk Seri Najib Razak sekali lagi berhujah bahawa mantan Perdana Menteri itu tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, keengganan Mahkamah Persekutuan membenarkan peguam Datuk Hisyam Teh Poh menangguhkan prosiding rayuan akhir pada Ogos tahun lalu, menjadikan beliau sekadar 'hiasan' dalam prosiding itu.

Hisyam Teh Poh - Gambar fail
Hisyam Teh Poh - Gambar fail

Katanya, Hisham berulang kali menegaskan kepada panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini bahawa beliau tidak bersedia untuk memulakan hujahnya dalam kes itu dan memohon penangguhan "tiga hingga empat" bulan tetapi dinafikan.

Menurut beliau, Hisham kemudiannya "dipaksa" meneruskan kes itu selepas permintaannya untuk menarik diri daripada kes itu ditolak.

Shafee berkata, faktor ini menunjukkan Najib tidak diberikan perbicaraan yang adil dan oleh itu wajar untuk meneruskan semakan kehakiman terhadap sabitan dalam kes SRC beliau.

“Ketika prosiding beliau (Hisyam) hanya ‘hiasan’ dan itu tidak dibenarkan oleh undang-undang. Ia boleh dikaji semula kerana bertentangan dengan asas perbicaraan yang adil,” katanya.

Najib Razak - Gambar fail
Najib Razak - Gambar fail

Beliau sekali lagi menegaskan Hisyam menjadi peguam yang tidak efektif kerana tidak bersedia selepas penangguhan tidak dibenarkan tetapi menegaskan Najib yang juga anak guamnya, tidak patut dihukum atas tindakan peguamnya itu.

Dalam prosiding hari ini, Shafee sekali lagi mempersoalkan mengapa panel sebelum ini "tergesa-gesa" untuk mendengar kes itu, dengan menyatakan bahawa faktor yang disebutkan di atas "diwujudkan oleh mahkamah, bukan oleh anak guam saya (Najib)."

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan termasuk Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pendengaran semakan berkenaan bersambung esok. – The Vibes, 20 Februari 2023

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Sukan 21 jam yang lalu

Skuad Harimau Muda Julang Piala Merlion 2023

Politik 1 hari yang lalu

Lantik Individu Tewas Pegang Jawatan, UMNO Parti Kering Idea?

oleh Sofian Baharom

Semasa 19 jam yang lalu

Bekalan Ayam Mencukupi Sehingga Aidilfitri

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan Penyewa Lelaki Terlibat Kes Penemuan Puluhan Bangkai Kucing