web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak, Remaja Berisiko Tinggi Alami Masalah Kesihatan Mental - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 9:00AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kanak-kanak dan remaja dikenal pasti antara golongan berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental namun isu berkenaan dilihat masih kurang diberi perhatian.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata hal itu kerana transisi fasa kanak-kanak ke alam dewasa adalah fasa paling kritikal dalam proses perubahan fizikal, kematangan kognitif dan pengurusan emosi sekali gus menyaksikan mereka cenderung untuk rasa keliru dan tersisih apabila tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam jaringan sosial.

“Berdasarkan pemerhatian klinikal, kebanyakan pesakit remaja yang hadir ke klinik telah mula mencederakan diri bagi melepaskan tekanan perasaan yang mereka alami.   

“Tindakan ini akan menyebabkan mereka rasa malu, menyusahkan dan tidak kompeten. Mereka terperangkap dalam masalah sendiri dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk menyelesaikan masalah tersebut,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Wad Psikiatri Kanak-Kanak dan Remaja di Kompleks Iris Hospital Permai di sini semalam.

Beliau berkata persepsi ramai bahawa masalah kesihatan mental hanya berlaku kepada orang dewasa sahaja turut menyebabkan isu melibatkan kesihatan mental kanak-kanak kurang diberi perhatian.

“Sebelum pandemik COVID-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan 10 hingga 20 peratus kanak-kanak dan remaja seluruh dunia mengalami masalah kesihatan mental manakala 50 peratus masalah kesihatan mental yang serius bermula pada umur 14 tahun,” kata Dr Zaliha.

Ahli Parlimen Sekijang itu turut mengambil contoh tragedi gempa bumi yang melanda bahagian tengah dan selatan Turkiye dan utara Syria baru-baru ini turut membimbangkan kerana dilihat boleh memberi kesan utama iaitu trauma psikologi kepada kanak-kanak terutama mereka yang kehilangan ibu bapa dan ahli keluarga.

Beliau berkata berdasarkan kajian, trauma yang dialami oleh seseorang boleh memberi kesan kepada genetik dan kemudian boleh diturunkan kepada generasi seterusnya dalam keluarga. 

“Oleh itu, saya merayu kepada semua, terutama ibu bapa supaya lebih peka dengan faktor-faktor yang boleh memberi trauma kepada golongan kanak-kanak.

“Semua pihak haruslah membantu dalam menyediakan persekitaran yang harmoni dan sihat demi tumbesaran emosi kanak-kanak dan remaja seperti mendalami ilmu keibubapaan,” katanya.

Selain itu, anggota kesihatan katanya, sangat digalakkan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu Bantuan Asas Psikologi dalam membantu negara jika berlaku tragedi yang boleh memberi kesan langsung kepada kanak-kanak dan remaja.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata wad psikiatri di Kompleks Iris Hospital Permai mula beroperasi sepenuhnya untuk pesakit kanak-kanak dan remaja sejak bulan lepas, yang merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Politik 5 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

4

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Diberi 4 Bulan Laksana Pemutihan Peniaga Tanpa Lesen - Dr Zaliha

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan