web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jangan Mudah Percaya Tawaran Gaji Lumayan, Mangsa Penipuan Serik Didera Sindiket

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 8:10PM

Dua daripada lima mangsa penipuan kerja di Thailand yang dibawa pulang ke tanah air, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - “Janganlah percaya dengan tawaran lumayan bekerja di luar negara tanpa periksa, kami sengsara di sana selama empat bulan lebih,” kata seorang daripada mangsa penipuan kerja di Thailand yang tiba di tanah air, di sini hari ini.

Menurut lelaki berusia 20-an berkenaan, mereka didera secara mental supaya mencapai prestasi kerja ditetapkan oleh sindiket.

Katanya, pengalaman perit dilaluinya perlu dijadikan tauladan oleh orang awam supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan.

“Kadang-kadang tawaran itu bukannya betul. Fikir 10 kali dahulu sebelum menerima tawaran pekerjaan itu. Saya ditawarkan gaji AS$ 1,100 sebulan iaitu kira-kira RM4,800," katanya.

Lelaki tersebut bersama empat mangsa lain termasuk seorang wanita tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Bangkok, Thailand, hari ini.

Kesemua mangsa berusia antara 19 hingga 26 tahun itu di bawa pulang ke tanah air oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar.

5 rakyat Malaysia yang ditipu oleh sindiket penipuan pekerjaan di Thailand, telah dibawa pulang di KLIA hari ini.
5 rakyat Malaysia yang ditipu oleh sindiket penipuan pekerjaan di Thailand, telah dibawa pulang di KLIA hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan pada sidang akhbar hari ini memaklumkan, mangsa mendakwa didera kerana gagal mencapai prestasi ditetapkan sindiket pekerjaan terbabit.

“Mereka didera supaya mencapai KPI kerja dan tidak dibenarkan membuat panggilan telefon kepada ahli keluarga walaupun masih diberi makan,” katanya.

Abd Jalil Hassan
Abd Jalil Hassan

Menurut Abd Jalil, setakat ini masih terdapat 14 rakyat Malaysia dipercayai terkandas di Thailand, justeru kerjasama erat dengan Polis Diraja Thailand sedang dilaksanakan bagi mengenalpasti kedudukan mereka.

Media sebelum ini melaporkan, lima rakyat Malaysia iaitu Adam Iskandar Tukiman, 20; Akmar Hamsan, 19; Kamil Abd Hamid, 25; Nur Fitriani Abdullah, 19, dan Lee Zhi Cong berjaya diselamatkan daripada sindiket penipuan siber yang berpangkalan di Myanmar.

Kesemua mangsa diselamatkan hasil  maklumat disalurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang.

Mereka diselamatkan oleh sepasukan tentera Thailand di KK Gardens di Myawaddy, Myanmar pada 3 Februari lalu sebelum di bawa ke Bangkok.

Chon Siang adalah individu yang selama ini memainkan peranan penting dalam memastikan pembebasan 91 rakyat Malaysia di Kemboja dan Thailand.

Difahamkan, kesemua mangsa dipaksa bekerja untuk sindiket penipuan berpangkalan di KK Garden, sebuah kawasan luas yang menempatkan beberapa syarikat di sepanjang Sungai Moei di bandar sempadan Thailand, Mae Sot. - Getaran, 19 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi