web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ada Beza Terbitkan Berita Dengan Fitnah - Fahmi Fadzil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 5:22PM

Fahmi Fadzil (tengah) pada Program Saya Digital@Lembah Pantai anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan berhubung dengan pihak pengurusan sebuah syarikat penyiaran bagi mendapatkan penjelasan mengenai penerbitan cadangan daripada 'pemerhati' untuk mengurangkan bilangan penjawat awam.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, SKMM pada ketika ini sedang meneliti dan menilai kandungan yang disiarkan oleh syarikat tersebut.

Bagaimanapun, menurut beliau, SKMM pada masa sama memaklumkan bahawa pihak terbabit telah beberapa kali menerbitkan bahan yang pada pandangan pihak berkuasa, tidak mematuhi peraturan.

“Pada ketika ini, SKMM sedang meneliti dan menilai (perkara itu) dan akan berhubung dengan pihak berkenaan. Bagi sedikit masa.

“SKMM akan maklumkan dalam masa terdekat apa status. Kita tunggu duku hasil siasatan pihaknya,” katanya pada sidang media Program Saya Digital@Lembah Pantai anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), hari ini.

Jelasnya, hak untuk bersuara dan hak pihak media menjalankan tugas bukan alasan buat mereka menerbitkan bahan tidak benar atau fitnah.

“Bagi saya ada beza menerbitkan berita dan menerbitkan fitnah. Hak bersuara dan hak media bebas menjalankan tugas itu memang wujud dan kita pertahankan tetapi ia tidak bermaksud ada hak untuk menerbitkan bahan tidak benar atau fitnah,” katanya.

Semalam, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Pantai Dalam menafikan kandungan diterbitkan sebuah syarikat penyiaran mengenai penerbitan cadangan daripada 'pemerhati' untuk kurangkan bilangan penjawat awam.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan tidak pernah mempunyai sebarang rancangan atau perbincangan untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada SKMM sekiranya mereka mahu menjalankan siasatan berdasarkan mana-mana peruntukan undang-undang terhadap penerbitan berkenaan.

“Cuma peringatan kepada diri saya sendiri, orang ramai termasuk wartawan, editor dan pemilik media, kita kena sama-sama mainkan peranan untuk pastikan sebarang kandungan termasuk laporan berita tidak bersifat fitnah atau melanggar undang-undang.

“Kita perlu menjamin keharmonian, kerukunan dan perpaduan di kalangan rakyat,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad