web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjual Air Ketum Tidak Serik, Ditahan Kali Keempat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 2:28PM

ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid menunjukkan bungkusan daun ketum dianggarkan bernilai RM3,340 dirampas susulan penahanan lima lelaki dalam operasi di sebuah rumah di Taman Medan, Petaling Jaya pada Rabu lepas - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Seorang lelaki seolah-olah tidak serik menjalankan kegiatan menjual air ketum, diberkas sekali lagi dalam operasi di sebuah rumah di Taman Medan di sini, pada Rabu lepas. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia lingkungan 30 an itu memiliki 10 rekod kesalahan jenayah membabitkan tiga kes dadah dan tujuh jenayah. 

Beliau berkata lelaki berkenaan pernah ditahan tiga kali dalam tempoh 2017 hingga 2019 sebelum sekali lagi melakukan aktiviti memproses dan mengedar air ketum sekitar Petaling Jaya sejak dua hingga tiga bulan lepas. 

"Lelaki tersebut ditahan di dalam rumah miliknya bersama empat rakan lelaki lain ketika sedang memproses air ketum pada 6 petang. 

"Dalam serbuan itu, kita merampas 92 botol plastik berisi cecair disyaki air ketum yang setiap satunya berisi 1,500 mililiter, 10 bungkusan plastik mengandungi daun ketum seberat 50 kilogram dan beberapa peralatan memproses air daun ketum dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM3, 340," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini. 

Mohamad Fakhrudin berkata, setiap satu botol air ketum tersebut dijual RM15 dan daun ketum tersebut diperoleh dari sebuah negeri di utara tanah air. 

Beliau berkata kesemua lelaki ditahan berusia 23 hingga 37 tahun itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kini direman empat hari sehingga 18 Februari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. - Bernama

Sorotan

1

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

2

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

3

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

4

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

5

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

6

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 21 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad