web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Simpanan Pencarum Susut 50 Peratus Punca Pengeluaran KWSP Tidak Lagi Dibenarkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 5:11PM

Simpanan tujuh juta ahli KWSP kaum Melayu menurun dengan ketara daripada RM16,900 pada April 2020, sebelum pusingan pertama pengeluaran dibenarkan, kepada hanya RM5,500 sahaja. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Median simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berkurangan sebanyak 50 peratus selepas kerajaan terdahulu membenarkan pengeluaran ketika pandemik COVID-19. 

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebanyak RM145 bilion telah dikeluarkan oleh 8.1 juta ahli dalam tempoh itu.

Ini menjadikan jumlah purata simpanan semua kaum ahli KWSP daripada 2016 iaitu RM16,600 turun kepada RM8,100 pada 2022 selepas pengeluaran dibenarkan.

Ahmad menegaskan, simpanan tujuh juta ahli KWSP kaum Melayu menurun dengan ketara daripada RM16,900 pada April 2020, sebelum pusingan pertama pengeluaran dibenarkan, kepada hanya RM5,500 sahaja.

Bagi 1.4 juta ahli Bumiputera lain, beliau berkata, simpanan mereka menurun daripada RM10,600 kepada RM3,300 sahaja.

“Inilah sebabnya kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan pengeluaran selanjutnya. 

 “Jadi macam mana kita nak beri kebenaran keluarkan lagi. Jika kita benarkan, hanya tinggal RM5,500… RM3,300 (Bumiputera). Itu sebabnya kita tak beri kebenaran,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian menjawab soalan tambahan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) bertanyakan apakah perancangan Kementerian dan KWSP untuk memastikan pulangan dividen bagi Simpanan Shariah yang lebih kompetitif berbanding konvesional.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO itu menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar-BN) mengenai rancangan kerajaan untuk meningkatkan dividen KWSP bagi membina semula simpanan ahli. 

Sehubungan itu, Ahmad berkata, penentuan kadar dividen dibuat berdasarkan keadaan pasaran modal, persekitaran ekonomi, dan strategi pelaburan KWSP. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad