web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Minta IGP Timbang Adakan Semula Sidang Media - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 11:11AM

Saifuddin berkata saranan itu selaras dengan misi kementerian untuk menjalin hubungan lebih akrab bersama media. - Gambar fail

oleh

G. Surach

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani diminta menimbangkan semula penganjuran sidang media secara berkala, seperti sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, saranan itu sudah diajukan kepada Acryl, selaras dengan misi kementerian untuk menjalin hubungan lebih akrab bersama media.

Beliau mengakui turut menerima pelbagai maklum balas, khususnya daripada pengamal media dan bersetuju bahawa permintaan mereka amat munasabah.

Pada masa sama jelas Saifuddin, beliau juga menyedari rasional di sebalik pembatalan sidang media, selepas mendengar penjelasan pihak polis.

“Ketika ini, seiring hasrat kementerian membina hubungan kerja lebih kondusif dengan media sebagai rakan kerjasama strategik, saya sendiri menyarankan IGP supaya diadakan satu sesi yang boleh dihadiri semua media.

“Saya berikan peluang untuk IGP menimbangkan saranan ini dan saya berharap ia akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya kepada media dalam majlis khas semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Saifuddin berkata beliau menyedari bahawa Bukit Aman kerap mengadakan sidang media sebelum ini, sebelum ia dihentikan atas sebab yang tidak didedahkan. - The Vibes, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 16 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 19 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad