web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PLUS Setuju! Menu Rahmah Diperluas Di Gerai Hentian R&R

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2023 7:00AM

Alexander berkata, pelaksanaan Menu Rahmah di R&R sudah diusulkan kepada pihak PLUS. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga RM5 akan diperluaskan di gerai makan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS tidak lama lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perkara itu sudah diusulkan kepada pihak PLUS semalam untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“PLUS secara amnya bersetuju dengan cadangan itu. Menurut Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pengendali gerai makanan hentian R&R Lebuhraya PLUS berkenaan cadangan itu.

“Saya juga dimaklumkan, pihak PLUS akan menyediakan perancangan yang lebih konkrit bagi melaksanakan perancangan Menu Rahmah di R&R PLUS ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pertemuan beliau bersama 32 syarikat konsesi dan pihak berkepentingan industri lebuhraya bertol di Malaysia semalam.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pihak PLUS atas kerjasama diberikan dan berharap penyediaan menu tersebut akan memberi manfaat kepada semua pengguna lebuhraya.

“Saya amat berterima kasih kepada pihak PLUS di atas kerjasama yang baik ini.

“Saya berharap dengan adanya penyediaan Menu Rahmah di hentian R&R PLUS kelak akan memberikan manfaat kepada pengguna lebuhraya,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti (MLFF) di lebuhraya, Alexander Nanta berkata, kesemua 32 syarikat konsesi serta pemegang taruh pemain industri lebuhraya bertol di negara ini dipanggil semalam bagi mendapat maklum balas secara terus berkaitan perkara itu.

“Open door policy yang sering saya tekankan memberi peluang kepada saya mendekati, mendengar sendiri pandangan dan cadangan daripada pemain industri sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan oleh kementerian dan kerajaan.

“Secara keseluruhannya, kesemua pemain industri menyambut baik pelaksanaan MLFF ini dan beberapa perkara terkait sistem ini sedang diperhalusi bagi memastikan penyampaian servis terbaik kepada pengguna,” katanya.

Ujarnya lagi, perkembangan mengenai perkara itu akan dikongsi beliau sedikit masa lagi. - Getaran, 16 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol Aidilfitri: Kerajaan Akan Umum Masa Terdekat - Nanta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KKR Sahkan Jejambat SPE Tidak Retak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek