web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Perbaharui Lesen Lynas Hingga Mac 2026 Tapi Dengan ‘Syarat Ketat’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 5:32PM

Syarat ketat akan terus dikenakan ke atas syarikat tersebut bagi memastikan ia beroperasi dengan selamat. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi tempoh lanjutan tiga tahun kepada firma perlombongan nadir bumi Lynas untuk beroperasi di Gebeng, Pahang sehingga 2 Mac 2026.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, syarat ketat akan terus dikenakan ke atas syarikat tersebut bagi memastikan ia beroperasi dengan selamat.

Kerajaan juga menolak permohonan Lynas untuk menggugurkan empat prasyarat di bawah terma lesen berhubung pengurusan sisa radioaktif di Malaysia selepas Julai tahun ini, serta mengimport pemekat lantanid (LC) dari Australia.

Pada sidang media di sini hari ini, Lih Kang mengingatkan Lynas supaya mematuhi syarat lesen dengan kegagalan untuk mematuhinya mungkin menyebabkan ia dibatalkan.

Beliau juga mengingatkan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lynas, Amanda Lacaze pada semalam yang menyuarakan kekecewaannya terhadap syarat ditetapkan untuk lesen operasi firma itu, bahawa terma tersebut bukanlah "perkara baharu".

“Saya amat kesal mendengar mengenainya... kekecewaan, tetapi syarat yang ditetapkan (kerajaan) bukanlah perkara baharu. Ia sudah pun diperlukan di bawah lesen operasi terdahulu yang sudah diluluskan pada Mac 2020.

“Mereka sudah mengetahuinya dan saya tidak tahu mengapa mereka berasa kecewa,” katanya. 

Lih Kang turut menegaskan di bawah terma, Lynas sepatutnya melaksanakan aktiviti ‘cracking dan leaching’ di Australia dan tiada sisa radioaktif akan dihasilkan di Malaysia selepas Julai tahun ini.

Dalam kenyataannya semalam, beliau menjelaskan Lynas telah pun dimaklumkan mengenai keputusan Jabatan Tenaga Atom untuk tidak mempertimbangkan permintaan syarikat mengenai aktiviti ‘cracking dan leaching’, penjanaan sisa penulenan larut air dan mengimport pemekat lantanid dari Australia.

Lesen operasi kilang itu di Gebeng ditetapkan tamat pada 2 Mac tahun ini.

Penolakan permintaan Lynas kini bermakna ia terpaksa menutup aktiviti komponen ‘cracking dan leaching’ di loji itu kerana ia melibatkan proses yang dikatakan menghasilkan sisa radioaktif.

Bagaimanapun ia boleh meneruskan bahagian lain pemprosesan nadir bumi sehingga pembaharuan seterusnya muncul dalam masa tiga tahun.

Lynas sebelum ini berkata, semakan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mendapati sisa itu berisiko rendah.

Kilang di Gebeng itu dibantah ahli politik Pakatan Harapan menjelang pilihan raya umum 2018.

Selepas gabungan tersebut memenangi pilihan raya dan mengambil alih kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memperbaharui lesen loji itu dengan syarat, memetik keperluan untuk mengekalkan pelaburan di negara ini. – The Vibes, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Perlu Lesen Sebelum Gajikan Pelakon Kanak-Kanak, Lebih 73 Peratus Syarikat Tidak Tahu - DOSM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Operator Bekalan Air Ditarik Jika Gagal Capai KPI

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lesen Perkhidmatan Udara MYAirline Digantung Serta Merta - MAVCOM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad