web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPN Gesa Siasat Ahli Politik Lompat Parti

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 11:44AM

Abdul Hamid Bador - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat unsur rasuah membabitkan ahli politik yang melompat parti.

Menurutnya, beliau memandang serius bahkan menentang rasuah yang berlaku dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun dalam politik perbuatan terkutuk itu kerap terjadi.

"Saya lawan rasuah dalam pasukan, tapi saya tengok rasuah merata-rata dalam politik... mabuk kuasa dan membeli orang lain dan mengugut," katanya seperti dilaporkan media, semalam.

Abdul Hamid berkata, SPRM harus tampil untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap tindakan sedemikian kerana rakyat sudah muak.

"Rakyat sudah muak tengok sekejap 'katak' melompat sana, sekejap berbunyi sana, apa itu? Rasuah," katanya lagi.

Justeru, Abdul Hamid berkata, SPRM tidak boleh membiarkan perkara sedemikian berleluasa umpama negara tidak mempunyai undang-undang.

"Saya minta SPRM masuk (siasat). Seolah-olah dalam negara kita tidak ada undang-undang," katanya.

Abdul Hamid turut mempersoalkan sumber diperolehi bagi seseorang ahli politik menggunakan jet peribadi. Dia bagaimana pun tidak menamakan pemimpin politik yang dimaksudkan.

"Mana dapat duit naik 'private jet'. Kita minta SPRM siasat orang-orang politik," katanya.

Abdul Hamid bakal menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara pada Isnin ini dan digantikan dengan timbalannya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. - Getaran, 1 Mei 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar