web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mulakan Tugas DJ Esok, KJ Minta Netizen Cadang Topik Menarik Untuk Disampaikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 1:41PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – ‘Ada pengumuman penting saya nak buat hari ini, pengumuman bersejarah yang akan menjawab soalan mungkin ditanya terhadap saya semenjak dipecat daripada UMNO’, kata mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di awal kata-katanya dalam satu video dimuat naik beliau di Instagram pagi ini.

Kenyataannya itu sekali gus mencetuskan teka-teki dalam kalangan pengikut media sosial berkenaan, malah mereka beranggapan adakah beliau akan mengumumkan mengenai masa depannya dalam politik atau parti bakal disertai.

Namun, Khairy tersenyum dan tertawa beberapa saat kemudian, sebelum memaklumkan pengumuman itu adalah berhubung kerjaya baharunya sebagai penyampai di stesen radio Hot FM yang akan bermula esok.

“Jadi dengan ini saya akan umumkan mulai hari esok secara rasminya saya akan menyertai pertubuhan politik parti Hot FM.

''Esok hari Rabu, 15 hari bulan, saya akan ke konti Hot FM untuk mulakan tugas saya sebagai DJ (penyampai radio) anda,” katanya menerusi video berdurasi 1 minit sembilan saat itu.

Malah, Khairy meminta netizen memberikan pandangan menerusi ruangan komen video itu mengenai topik menarik yang ingin beliau sampaikan sebagai DJ.

“Komen di bawah topik hangat yang anda mahu dengar saya bincang bersama rakan-rakan di konti Hot FM esok pagi,” katanya.

Walaupun penyertaan KJ sebagai DJ itu sudah diumumkan pengurusan stesen berkenaan pada Khamis lalu, pengumuman dibuat mantan Ketua Pemuda UMNO itu sebentar tadi, nyata tetap mengujakan pengikut media sosial terbabit yang semakin tidak sabar menunggu esok untuk mendengar suaranya.

Menerusi komen ditinggalkan netizen di status video itu yang turut dikongsikan Facebook HOT FM, mereka menganggap kehadiran KJ pasti akan semakin ‘menghangatkan’ segmen Bekpes Hot akan dikendalikannya bersama Johan, Fara Fauzana dan AG.

“Terbaik lah KJ,” komen Lan.

“Topik yang bagi didikan manusia, bagi info terkini luar dan dalam negara, tidak tumpu pada hiburan semata-mata, good luck (semoga berjaya) KJ,” respon Nur.

“(Bila KJ jadi DJ) Terpaksa ‘curang’ dengan radio lain lah macam ni, adoi hai,” kata seorang pengguna.

Terdahulu, KJ ‘dilamar’ Hot FM selepas berhenti seketika daripada politik, susulan keahliannya dalan UMNO digugurkan pada Januari lalu.

Lamaran itu dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio (MPA) menerusi kenyataannya Khamis lalu, memaklumkan, kehadiran KJ yang akan mengendalikan sesi selama empat jam bermula 6 pagi itu, pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM, selain memastikan pengisian dan kandungan segmen berkenaan lebih segar serta relevan kepada pendengar.

Jelasnya, pelantikan mantan Menteri Kesihatan itu diharap memberi impak lebih baik kepada stesen radio terbabit, sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran beliau bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, UMNO memecat keahlian KJ dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Tan Sri Noh Omar.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dua pemimpin itu dikenakan tindakan terbabit kerana melanggar disiplin parti sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan sejurus selesai mesyuarat MKT dipengerusi Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini.

Khairy ketika mengulas mengenai pemecatannya itu sebelum ini mendakwa, tindakan Ahmad Zahid tidak mengikut proses sewajarnya.

Tegasnya, beliau tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab berhubung punca pemecatannya atau dipanggil Lembaga Disiplin parti.

“Sah tiada proses sewajarnya. Tiada surat tunjuk sebab, tiada perbicaraan tatatertib.

“Secara ringkas dan secara unilateral dipecat daripada parti yang saya setia selama 23 tahun,” katanya. – Getaran, 14 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 54 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad