web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairy Tukar Profesion, ‘Tak Sabar Nak Dengar KJ Jadi DJ’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 8:50PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berhenti seketika daripada pentas politik negara susulan dipecat sebagai ahli UMNO baru-baru ini, Khairy Jamaluddin nampaknya tidak mengambil masa lama untuk mendapat ‘pekerjaan baharu’.

Terkini, mantan Menteri Kesihatan itu disahkan akan bertugas sebagai penyampai di stesen radio Hot FM, mulai Rabu depan.

Media Prima Audio (MPA) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, Khairy akan mengendalikan segmen Bekpes Hot di stesen radio popular itu bermula 15 Februari ini.

Beliau akan bergandingan dengan Johan, Fara Fauzana dan AG yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 hingga 10 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif MPA, Nazri Noran berkata, kehadiran Khairy bersama tonggak utama Bekpes Hot pasti memberi suntikan baharu buat Hot FM, selain memastikan pengisian dan kandungan segmen itu lebih segar serta relevan kepada pendengar.

Katanya, pelantikan Khairy atau mesra disapa KJ diharap memberi impak lebih baik kepada stesen radio terbabit, sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Khairy atau KJ bukan sahaja ahli politik dan pemimpin hebat, tetapi juga beliau pempengaruh yang mempunyai impak besar buat rakyat Malaysia.

“Kehadiran beliau bukan hanya akan memberi sesuatu yang berbeza kepada pendengar menerusi gandingan ahli politik, pelawak dan penyampai radio, tetapi dimensi baharu untuk landskap radio negara,” katanya seperti dilaporkan BH.

Dalam pada itu, Nazri berkata, pengisian dan kandungan segmen terbabit juga akan diolah menjadi lebih segar, celoteh serta gelak tawa mengiburkan, selain mampu memberi aura positif kepada pendengar.

Pagi tadi, Khairy mengesahkan mengenai perkara itu dalam temubual melalui telefon pada segmen Bekpes Hot dikendalikan Johan, AG dan Datuk AC Mizal.

“On, let’s go (boleh saja, mari teruskan),” katanya.

Terdahulu, tawaran Hot FM kepada Khairy dibuat menerusi surat terbuka di Instagram @hotfm976 membabitkan jawatan sebagai penyampai radio di stesen radio terkemuka itu.

Tinjauan di ruang komen rakaman perbualan pagi tadi di Instagram HotFm976 mendapati, majoriti netizen teruja dengan khabar gembira itu.

“Saya dengar masa tengah drive pagi tadi, sampai tersilap jalan punya amaze (kagum) dengan suara KJ,” kata Ziera_taa.

“Tak sabar nak dengar KJ jadi DJ,” kata Faiz_Dila166.

“KJ masuk, habis semua wanita kat Hot FMlah jawabnya,” kata Tengkunormahfuzah.

“Akhirnya, dia terima tawaran. Sejak kalah Pilihan Raya Umum dan dipecat UMNO, hangpa laju je kebas dia,” kata Azreenwardah.

“Minat KJ tapi pagi-pagi dengar radio lain. Alamak macam mana ni. Tahniah KJ,” kata Ros.hayati84.

Pada 27 Januari lalu, Khairy dipecat UMNO sebagai sebahagian daripada usaha UMNO untuk membersihkan secara total parti berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Khairy dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). – Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Suara Tyzo Bakal Berkumandang Di Sebuah Stesen Radio Mac Nanti

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad