web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Kenal Pasti Pilihan Terbaik Hantar Bantuan Ke Syria

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 6:11PM

Sekretariat Bersama mengenai bantuan ke Syria telah mengadakan pertemuan dengan Kuasa Usaha Kedutaan Syria Mohd Ghiath Ibrahim di Bilik Ops Wisma Putra, Putrajaya, awal hari ini - Gambar ihsan Wisma Putra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan Kedutaan Syria di sini bagi mengenal pasti pilihan terbaik untuk menyampaikan bantuan ke kawasan yang terjejas berikutan dua gempa bumi kuat yang berpusat di selatan Turkiye yang turut menjejaskan Syria.

Ini termasuk penempatan segera Advance Team dari Malaysia ke Syria, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dalam ciapannya hari ini, menurut Kementerian Luar Sekretariat Bersama mengenai bantuan ke Syria telah mengadakan pertemuan dengan Kuasa Usaha Kedutaan Syria Mohd Ghiath Ibrahim di Bilik Ops Wisma Putra, Putrajaya, awal hari ini.

Turut hadir pada taklimat itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Norman Muhamad dan ahli pasukan lain daripada pelbagai agensi kerajaan.

Kementerian juga menggesa rakyat Malaysia supaya menyalurkan sumbangan mereka melalui tabung bencana Wisma Putra-Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri TBKLN.

Sumbangan boleh disalurkan kepada Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) di nombor akaun: 1054 9000 0599 (Affin Bank).

Lebih 4,500 mangsa dilaporkan terbunuh dan beribu-ribu lagi cedera di Syria akibat gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter pada  6 Februari. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 43 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam