web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Beberapa Kerajaan, Agong Harap Anwar PM Terakhir Dalam Perkhidmatan Baginda

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 3:36PM

Pelantikan Anwar Ibrahim dibuat berikutan situasi Parlimen tergantung pertama negara, selepas tiada mana-mana parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan - Gambr oleh Jabatan Penerangan (Japen)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas menyaksikan beberapa pertukaran Perdana Menteri sepanjang berkhidmat sebagai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi yang terakhir memegang jawatan itu untuk pemerintahan baginda.

Dalam masa sama, baginda percaya siri krisis politik sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, boleh dielakkan sekiranya ahli politik bersikap lebih terbuka dalam mengetepikan perbezaan mereka.

Bertitah di Parlimen pada perasmian sidang tahun ini, baginda mengimbau bahawa baginda adalah satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang diberi peluang memerintah negara di bawah empat Perdana Menteri dan Kabinet berbeza sejak menaiki takhta pada 31 Januari 2019.

Perkembangan itu membawa kepada pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November tahun lalu selepas Pilihan Raya Umum Ke-15.

Pelantikan Anwar dibuat berikutan situasi Parlimen tergantung pertama negara, selepas tiada mana-mana parti atau gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Al-Sultan Abdullah mengimbau bahawa baginda adalah satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang diberi peluang memerintah negara di bawah empat Perdana Menteri dan Kabinet berbeza sejak menaiki takhta pada 31 Januari 2019 - Gambar Japen
Al-Sultan Abdullah mengimbau bahawa baginda adalah satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang diberi peluang memerintah negara di bawah empat Perdana Menteri dan Kabinet berbeza sejak menaiki takhta pada 31 Januari 2019 - Gambar Japen

Al-Sultan Abdullah bertitah, dalam situasi tersebut, baginda membuka pintu rundingan seluasnya kepada Ahli Parlimen untuk mencari penyelesaian dan bekerjasama demi masa depan negara.

“Bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, beta kemudiannya melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-10.

“Secara ikhlas, beta berharap Perdana Menteri ke-10 adalah yang terakhir untuk beta sebelum beta pulang ke Pahang," katanya.

Tempoh baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dijangka berakhir pada 30 Januari tahun depan.

Ujian pertama Al-Sultan Abdullah berlaku hanya lebih setahun selepas baginda menaiki takhta, iaitu apabila Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan perletakan jawatannya pada 24 Februari 2020.

Yang di-Pertuan Agong kemudian melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Ke-8, tetapi tempoh perkhidmatannya tidak lama selepas beberapa Ahli Parlimen UMNO bertindak menarik balik sokongan mereka, menyebabkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu meletak jawatan pada 16 Ogos 2021.

Susulan itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik menggantikan Muhyiddin, sebelum Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober tahun lalu, menamatkan tempoh perkhidmatan Naib Presiden UMNO tersebut, sekali gus menjadikannya Perdana Menteri paling singkat mentadbir negara.

Baginda seterusnya bertitah bahawa rantaian krisis politik yang tidak berkesudahan boleh dielakkan sekiranya episod yang membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7 tidak berlaku - Gambar Japen
Baginda seterusnya bertitah bahawa rantaian krisis politik yang tidak berkesudahan boleh dielakkan sekiranya episod yang membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7 tidak berlaku - Gambar Japen

Selepas pilihan raya, Yang di-Pertuan Agong kemudiannya melantik Anwar untuk mengetuai Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan baginda sebelum ini.

Dalam titah baginda hari ini, Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa baginda hanya menjalankan tanggungjawabnya mengikut sumpah dilafazkan ketika memegang jawatan.

“Beta tidak pernah berhasrat untuk terlibat dalam politik negara, apatah lagi menggerakkan landskap politik,” katanya.

Baginda seterusnya bertitah bahawa rantaian krisis politik yang tidak berkesudahan boleh dielakkan sekiranya episod yang membawa kepada peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-7 tidak berlaku.

“Lebih penting lagi, krisis yang melanda negara selama hampir empat tahun boleh dielakkan sekiranya Ahli Parlimen dan ahli politik bersedia untuk mengetepikan perbezaan serta bersatu demi kepentingan rakyat dan negara.” – The Vibes, 13 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad