web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saluran Televisyen Percuma Khusus Untuk Sukan Tempatan Sedang Dibangunkan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2023 4:24PM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedang membangunkan satu saluran televisyen khusus untuk kandungan sukan tempatan secara percuma yang dijangka mula bersiaran awal suku kedua tahun ini.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata walaupun ketika ini RTM menyediakan kandungan sukan melalui Sukan RTM di RTM Klik serta TV1 dan TV2, pembukaan saluran televisyen tersebut bertujuan memberi lebih peluang kepada rakyat untuk mencapai kandungan khusus sukan tempatan seperti Liga Bola Sepak Malaysia.

“Sekarang kita fokus kepada sukan tempatan. Bagi kementerian, ini adalah satu cara yang boleh kita lakukan untuk beri sokongan kepada atlet kita dan peminat sukan dengan saluran khusus.

“Kita sudah mempunyai Sukan RTM, saluran dalam talian yang semua orang boleh tonton. Tetapi saya ingin melihatnya dalam terestrial,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina bagi Parlimen Lembah Pantai di Taman Seri Sentosa, di sini hari ini.

Namun, Fahmi berkata pihaknya masih meneliti implikasi kewangan dalam menentukan sama ada saluran itu akan bersiaran 24 jam sehari.

“Ia bergantung kepada beberapa pertimbangan yang perlu kita perincikan. Sudah tentu, kami ada isu kandungan dan kos, jadi kami perlu menimbang beberapa pilihan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad