web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selesai Segera Masalah Sekolah Daif Di Seluruh Negara - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2023 8:19PM

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah diarah menyenaraikan sekolah daif yang perlu diperbaiki. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata tumpuan kerajaan ketika ini ialah untuk segera menyelesaikan masalah sekolah daif di seluruh Malaysia demi kebajikan anak-anak selain meningkatkan mutu pendidikan negara.

Beliau berkata pendekatan Kerajaan Perpaduan pimpinannya adalah untuk memastikan semua sekolah di bawah tanggungjawab kerajaan akan diperbaiki bermula dengan Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada 24 Feb ini.

Pada majlis hi-tea bersama pemimpin kuil di Seri Perdana di sini, Anwar berkata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah diarah menyenaraikan sekolah daif yang perlu diperbaiki.

"Tumpuan kita tentu perbaiki mutu (pendidikan) dan menyelesaikan (isu sekolah daif) supaya jangan ada rakyat, baik orang Penan dan Dayak di pedalaman Sarawak, India di Ijok, Melayu di Manek Urai, termasuk kategori miskin.

"Jadi, saya beritahu menteri mana sahaja sekolah daif harus disenaraikan tanpa kira jenis sekolah, tanpa kira jenis daerah, tanpa kira siapa pelajarnya. Tanggungjawab kita mulai tahun ini, akan pastikan tumpuan khusus untuk perbaiki semua sekolah daif dalam negara," katanya.

Anwar juga berkata tiada masalah untuk mempertahan bahasa ibunda namun kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan harus dikuasai dengan baik dalam kalangan semua rakyat kerana ia mencerminkan kesepakatan serta perpaduan.

"Kedudukan Bahasa Melayu itu (adalah sebagai) bahasa rasmi, bahasa kebangsaan maka penguasaannya harus baik dalam kalangan semua rakyat, yang itu saya tidak marah langsung.

“Kalau ada sekolah aliran Cina, Tamil atau swasta, Malaysia nyatakan nak kurang beri tumpuan kepada bahasa kebangsaan, saya tidak akan izinkan," katanya.

Beliau berkata penguasaan bahasa lain harus diberi sokongan kerana ia dianggap ilmu yang akan memberi faedah kepada negara.

Katanya selain pendidikan, kemudahan kesihatan negara mesti dijamin namun kejayaan itu perlu mendapat sokongan dan kerjasama untuk menyelamatkan negara yang rosak akibat salah guna kuasa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad