web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKDW Tekad Pastikan Tiada Keciciran Dalam Kalangan Lepasan SPM - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2023 2:44PM

Ahmad Zahid berkata ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab KKDW untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat luar bandar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bertekad untuk memastikan tidak berlaku keciciran dalam kalangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), terutama masyarakat luar bandar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan sebahagian daripada tanggungjawab KKDW untuk membangunkan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

“Kita (KKDW) perlu pastikan tiada sesiapa yang ‘tercicir’ (dalam pendidikan),” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-19 Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini.

Katanya beliau juga mahukan supaya pelajar institusi di bawah kementerian berkenaan khususnya dalam bidang berkaitan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Jangan ada prasangka bahawa mereka dianggap drop out atau tercicir dalam bidang akademik dan masuk ke bidang TVET ini, tiada peluang dan masa depan. UniKL telah membuktikan bahawa mereka adalah aset negara dan mampu untuk cemerlang,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pada masa ini, 280 alumni UniKL dari 2016 hingga tahun lepas bekerja di 24 negara, sekali gus membuktikan graduan UniKL diiktiraf dunia serta menyumbang kepada usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi daripada bidang TVET.

Pada Majlis Konvokesyen ke-19 UniKL yang bermula hari ini hingga 14 Feb, beliau yang juga Pro Canselor UniKL menyampaikan ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda, diploma dan sijil serta anugerah pelajar terbaik kepada beberapa graduan bagi tahun 2022.

Majlis konvokesyen UniKL kali ini meraikan 5,834 graduan yang antaranya merangkumi 23 graduan ijazah doktor falsafah, 151 graduan ijazah sarjana, 4,299 graduan ijazah sarjana muda dan 1,360 graduan diploma.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW Datuk Seri Ramlan Harun dan Presiden UniKL Datuk Dr Roziah Omar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Terima Surat Rayuan Khairy Kembali Sertai UMNO

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar