Berita Terkini

57 saat yang lalu: PM Anwar yakin prospek pertumbuhan jangka sederhana hingga jangka panjang Malaysia akan kekal baik 57 saat yang lalu: Malaysia akan terus bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kerjasama sedia ada dalam BRI, memperluas bidang pertumbuhan baharu - PM Anwar 21 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 22 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 22 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Berhak Ditadbir Kerajaan Bertanggungjawab, Baik dan Telus - Anwar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 5:00PM

Untuk negara ini, untuk Malaysia, saya percaya negara dan rakyat layak mendapat perkara lebih baik. - Gambar ihsan PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Rakyat Malaysia berhak mendapat pentadbiran lebih baik, bertanggungjawab dan menerapkan prinsip akauntabiliti demokrasi telus, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada diaspora Malaysia di Thailand, hari ini.

Perdana Menteri menjelaskan, ia adalah nilai teras Komuniti Madani yang dipimpin Anwar selama ini, sambil menegaskan bahawa negara perlu menolak pemimpin yang menyalahgunakan isu agama, bangsa dan negara untuk memenangi undi.

“Apa saya katakan ini, mengenai tadbir urus yang baik dan masyarakat berbilang kaum yang dipenuhi sifat belas kasihan mengapa kita perlu bergaduh soal kaum? Bagaimana seseorang boleh bercakap mengenai Islam, Kristian dan Buddha jika anda tiada belas kasihan? Ini (kekurangan belas kasihan) bukan soal agama,” katanya

“Dan saya tidak mencipta sesuatu yang baru, belas kasihan adalah prinsip teras semua agama. Jadilah seorang Muslim yang baik, Kristian yang baik, Buddha yang baik tanpa menghina satu sama lain. Untuk negara ini, untuk Malaysia, saya percaya negara dan rakyat layak mendapat perkara lebih baik.

“Dan sekarang kita mempunyai peluang, apa sahaja mereka katakan terhadap saya dan rakan-rakan saya (anggota kerajaan), satu perkara saya tidak akan berkompromi, iaitu kami berada di sini untuk memastikan Malaysia ditadbir dengan baik, tanggungjawab untuk semua rakyat, selain memegang akauntabiliti demokrasi telus. Itulah maksud Madani untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau menegaskan, pemimpin ‘kurang berkualiti’ tidak akan dibiarkan di bawah pentadbirannya, malah mereka kebiasaannya kekal kerana salah guna kuasa dan rasuah.

Anwar yang dalam lawatan rasmi pertama ke Thailand selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lalu juga berkata, antara objektif kepimpinannya adalah untuk menyelesaikan isu dihadapi kedua-dua negara, selain menambah baik hubungan dua hala serta meninjau peluang ekonomi dan pelaburan.

Katanya, antara industri sasaran akan diberi tumpuan adalah dalam sektor tenaga dan keselamatan makanan.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, walaupun Malaysia sudah mencapai banyak kejayaan dalam industri getah dan kelapa sawit, ia masih perlu menandingi Thailand.

“Sebarang perbezaan antara kita (Malaysia) harus diselesaikan secepat mungkin, tetapi tumpuan (utama) kita adalah kepada ekonomi. Thailand mempunyai sektor tertentu yang mengatasi kita. Keselamatan makanan mereka lebih baik. Walaupun kita cemerlang dalam soal getah dan minyak sawit, kita jauh ketinggalan dari segi keselamatan makanan.

“Ada sektor lain yang Thailand menyerlah, berbanding kita, termasuk teknologi maklumat (IT), pengangkutan dan tenaga.

“Mereka lebih maju dan kita mesti mendapat manfaat daripada ini. Itulah sebabnya saya berminat meningkatkan hubungan dua hala yang akan menguntungkan kedua-dua negara,” katanya. – Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 25 minit yang lalu

Anwar Hadiri Sesi Meja Bulat Dengan Tokoh Korporat China

2

Semasa 2 hari yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

3

Semasa 2 hari yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

4

Semasa 3 hari yang lalu

Lawatan Anwar Ke China Untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala - Zambry

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Negeri Tanggung Pengurusan Jenazah 4 Beradik

Semasa 1 hari yang lalu

Ketua Menteri Melaka Baharu Angkat Sumpah Hari Ini

oleh Farhana Farush

Singapura 15 jam yang lalu

Sistem Imigresen Di Pintu Masuk Singapura Kembali Beroperasi

Semasa 5 jam yang lalu

Ahmad Zahid Imbas Kenangan Menuntut Di Sekolah Izzudin Shah