Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dakwaan 3 Ibu Tunggal Mohon Bantuan Gereja Akan Disiasat - Zulkifli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 8:23AM

Zulkifli menyampaikan bantuan JAWI Foodbank kepada golongan yang memerlukan di kalangan warga Maahad Tahfiz, di seluruh Kuala Lumpur, semalam. - Gambar dari Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan tiga ibu tunggal beragama Islam yang terpaksa memohon bantuan kewangan daripada pihak gereja susulan permohonan mereka ditolak oleh pusat zakat atau agensi berkaitan.

Zulkfili berkata beliau akan membantu individu berkenaan sekiranya mengetahui mengenai perkara itu.

“Kalau saya tahu, saya akan bantu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Semarak Lailatul Qadar dan Ramah Mesra Bersama Pengetua Tahfiz & Pondok Wilayah Persekutuan di Maahad Tahfiz Al Faridiyah di Taman Sri Rampai di sini semalam.

Semalam sebuah portal berita melaporkan tiga orang ibu tunggal terpaksa memohon bantuan daripada pihak gereja sejak beberapa tahun lepas selepas pihak institusi zakat dan agensi berkaitan menolak permohonan mereka.

Mengenai  Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan ibadah haji dan umrah beliau berkata SOP itu  telah dilengkapkan bagaimanapun Arab Saudi masih belum membuat keputusan sama ada ibadah haji dan umrah dibenarkan pada musim ini.

"Kita doalah banyak-banyak kepada Allah agar wabak ini (COVID-19) pergi," katanya. 

Turut hadir pada majlis itu Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Mohd Ajib Ismail.

 Pada majlis berkenaan  41 maahad tahfiz dan pondok berdaftar dengan JAWI menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas makanan seperti beras, tepung, gula dan minyak masak di majlis itu.

Pogram Semarak Lailatul Qadar Wilayah Persekutuan yang julung kali diadakan pada tahun ini bertujuan merancakkan lagi amal ibadah pada 10 malam terakhir Ramadan dengan aktiviti dan pengisian kerohanian melibatkan 89 buah masjid di Wilayah Persekutuan. - Bernama

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Luar Negara 3 jam yang lalu

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara