web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zambry: Latar Belakang, Populariti Anwar Tarik Perhatian Penduduk Tempatan Ketika Lawatan Ke Luar Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 9:15PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim di persada antarabangsa adalah antara sebab mengapa beliau telah menarik perhatian rakyat Malaysia di luar negara dan penduduk tempatan, di setiap negara yang dilawatinya setakat ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir membuat pengamatan berkenaan semasa sidang media pembuka tirai lawatan rasmi pertama Perdana Menteri ke Bangkok, esok.

''Setakat ini, kita telah melihat bahawa lawatan Perdana Menteri ke beberapa negara telah mendapat sambutan luar biasa daripada negara-negara ini, termasuk rakyatnya. Ini tidak melibatkan satu komuniti atau kumpulan agama tetapi ia secara menyeluruh.

''Apabila beliau berinteraksi dengan rakyat di negara-negara berkenaan, beliau menerima sambutan hangat,” kata Zambry merujuk kepada lawatan Anwar ke Indonesia, Brunei dan Singapura sebelum beliau dijangka tiba esok.

Senator tersebut menambah, ia bukan sahaja karakter Perdana Menteri sebagai sangat popular di peringkat global, serta di seluruh ASEAN, tetapi juga dari latar belakangnya sebagai seorang pemimpin politik veteran yang aktif dalam isu Islam dan serantau.

Justeru, jelas Zambry, kehadiran Ahli Parlimen Tambun itu membuat penduduk tempatan teruja, khususnya warga Thailand yang beragama Islam – yang juga mencerminkan kekuatan hubungan dua hala antara Putrajaya dan Bangkok.

“Hubungan diplomatik boleh dilihat menerusi pelbagai cara. Dari satu sudut, terdapat hubungan rasmi antara dua pemimpin negara. Ini adalah kerajaan dengan kerajaan. Aspek lain ialah perniagaan dengan perniagaan.

''Dan faktor penting lain dalam hubungan diplomatik antara dua negara ialah rakyatnya. Hubungan rakyat dengan rakyat. Inilah yang mesti kita lakukan dan dalam konteks Perdana Menteri, beliau juga telah mengambil pendekatan rakyat dengan rakyat dalam memperkukuhkan hubungan dengan negara jiran.'' - The Vibes, 8 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar