Berita Terkini

8 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 8 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 8 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 8 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 8 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Milo Sumbang 10,000 Minuman Kesihatan Hi-Fibre Kepada Badan Kebajikan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2023 8:39PM

Sebanyak 10,000 pek Milo Hi-Fibre bernilai RM80,000 disumbangkan kepada badan kebajikan terpilih menerusi acara Charity At Heart yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Demi membantu golongan kurang bernasib baik, sebanyak 10,000 pek Milo Hi-Fibre bernilai RM80,000 disumbangkan kepada badan kebajikan terpilih menerusi acara Charity At Heart yang diadakan di Pavilion Bukit Jalil, baru-baru ini.

Sepanjang acara amal itu, orang ramai juga dapat membeli setiap pek Milo Hi-Fibre pada harga istimewa, iaitu RM8.

Menurut Pengurus Pemasaran Pengguna Milo, Unit Perniagaan Nestle (Malaysia) Berhad, Andrew Yoon, pihaknya berbesar hati kerana dapat memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Kami sangat gembira dengan kerjasama daripada Pavilion Bukit Jalil. Sebenarnya Nestle dan Milo sudah banyak mengadakan program amal.

“Cuma kali ini kami memberi fokus kepada pembangunan sukan dari akar umbi dan golongan rakyat kurang bernasib baik,” ujarnya pada majlis pelancaran Charity At Heart, baru-baru ini.

Lebih istimewa, pada acara sama, seramai 100 keluarga berpendapatan rendah (B40) turut menerima sumbangan daripada pihak Milo dan Pavilion Bukit Jalil, selain menyertai sesi badminton bersama duta Milo Hi-Fibre yang juga legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek.

Pemain perseorangan negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia selepas beliau dan ahli pasukan badminton negara memenangi Piala Thomas pada 1992 itu berkata, kini adalah masa tepat berkongsi pengalaman bersama generasi muda.

“Pada usia sekarang sudah tiba masanya saya kongsikan segala kemahiran dan nilai positif diperolehi sepanjang menjadi pemain badminton negara kepada generasi muda,” kata Rashid yang turut merasmikan acara amal tersebut.

Milo Hi-Fibre yang dilancarkan baru-baru ini, memenuhi kriteria Logo Pilihan Lebih Sihat mengikut panduan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dengan Masih mengekalkan ras ikonik minuman kegemaran rakyat Malaysia, Milo Hi-Fibre mengandungan khasiat tambahan daripada kandungan serat yang lebih tinggi dan lebih kurang setengah sudu kecil gula untuk setiap hidangan.

Sementara itu, Milo yang sentiasa menyokong pembangunan bakat muda dalam sukan di Malaysia, bakal melancarkan Klinik Juara Milo pada Mac depan. – Getaran, 8 Februari 2023

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KPT Bangunkan Tindakan Martabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Peluang Tingkat Kerjasama Sedia Ada, Teroka Kerjasama Baharu - Duta

Semasa 5 jam yang lalu

Anwar Merafak Sembah, Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ibrahim