web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malam Ini Bincang Agenda Merakyat – Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 7:30PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Agenda merakyat berdasarkan kepada terjemahan manifesto semua gabungan parti kerajaan, menjadi antara perkara akan dibincangkan pada mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan, malam ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu juga akan memberikan tumpuan terhadap bagaimana mencari titik persamaan untuk kerajaan melaksanakan manifesto tersebut.

Katanya, selain daripada aktiviti politik, agenda itu adalah antara kaedah bagi memperkukuh Kerajaan Perpaduan yang ditubuhkan Disember lalu.

“Apa yang penting, kita mahu melihat 148 Ahli Parlimen daripada parti gabungan Kerajaan Perpaduan ini, dapat mewujudkan kesatupaduan, terutamanya untuk tempoh lima tahun akan datang.

“…dan Ahli Parlimen daripada pelbagai parti dapat terus memperkukuhkan kerajaan yang ada kerana sejak PRU-11, itu merupakan kali terakhir mana-mana kerajaan mempunyai majoriti dua pertiga,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazzete.

Selain Ahmad Zahid dan pemimpin kanan parti komponen kerajaan, iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (WARISAN), mesyuarat itu akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat berkenaan juga akan menyaksikan Anwar menjejakkan kaki buat kali pertama di WTCKL selepas 25 tahun.

Mengulas mengenai agenda lain, termasuk adakah mesyuarat itu akan membincangkan mengenai enam PRN bakal diadakan tahun ini, Timbalan Perdana Menteri berkata, perkara terbabit boleh diajukan kepada Anwar selepas pertemuan berkenaan. – Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad