web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Minta Penguatkuasaan Tangani Kecuaian, ‘Setiap Sen Kita Belanja Akan Dipertanggungjawabkan’ 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 12:00PM

Anwar menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Februari 2023 di Dewan De' Seri Endon, Puspanitapuri hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penjawat awam, termasuk di peringkat pengurusan dan pelaksanaan supaya menjalankan amanah sebaik mungkin kepada rakyat serta negara. 

Perdana Menteri berkata, meskipun beliau mengakui pihak berkaitan, termasuk Jemaah Menteri di bawah Kerajaan Perpaduan melaksanakan tugas dengan baik, masih wujud kecuaian. 

“Setiap sen kita belanjakan itu, kita akan dipertanggungjawabkan. 

“Tetapi tentu masih ada di peringkat penguatkuasaan, saya lihat ada lagi sedikit sebanyak kecuaian,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Februari 2023 di Dewan De’ Seri Endon PUSPANITAPURI, Putrajaya hari ini.

Menurutnya, sekiranya kecuaian itu tidak ditangani, ia akan menyebabkan rakyat resah.

Lebih meresahkan, katanya, dalam situasi negara yang mahu menerapkan ‘fakku rakabah’ (bebaskan manusia) dan membebaskan perhambaan seperti terkandung dalam Al-Quran, ada rakyat terpaksa berbaris berjam-jam untuk urusan di pejabat kerajaan. 

“Sampai berbaris berjam-jam mendapatkan apa-apa lesen dan sebagainya,” katanya. 

Memberi contoh sekiranya beliau atau ahli keluarganya sendiri yang perlu berbaris seperti itu dalam tempoh lama, Anwar berkata, pastinya ia menyusahkan dan tidak selaras maksud membebaskan manusia dari segala bentuk perhambaan. 

“Kita harus menangani perkara seperti ini, itu baru kita boleh beri makna kepada Madani,” katanya.

Mengulas lanjut, Menteri Kewangan itu berkata, walaupun beliau melihat ada kemajuan dalam pentadbiran, termasuk di peringkat penjawat awam, masih wujud ruang untuk diperbaiki.

Jelasnya, biarpun kadang-kadang ruang itu terlalu besar untuk diperbaiki, mudah-mudahan dengan semangat, kerjasama dan komitmen untuk membawa perubahan yang ditunjukkan, pelaksana dan rakyat boleh melihat satu keadaan lebih baik. 

Malah, Anwar berkata, secara peribadi, beliau setakat ini melihat pasukan kerja dan anggota Kabinetnya memiliki tekad tinggi untuk terus melakukan perubahan dan penambahbaikan. 

“Saya nampak walaupun latar belakang yang pelbagai dan sejarah pertelingkahan serta pembenturan idea dan pergaduhan itu besar, terutama saya dengan TPM (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) sebelah kanan saya, alhamdulillah yang tidak boleh dinafikan kesatuan pemikiran, kesatuan tekad itu wujud dan ini tidak boleh dinafikan. 

“Ini kenyataannya kita bekerja sebagai satu pasukan dan maksud kita untuk menyelamatkan negara serta mengangkat Malaysia Madani,” katanya. - Getaran, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad