Berita Terkini

6 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 6 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 6 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 6 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 11 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


MCMC diarah selesai isu mutu khidmat telekomunikasi menjelang Jun - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:36PM

Fahmi Fadzil - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan meneliti serta menyelesaikan isu berhubung mutu serta kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi sebelum Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini kerana perkara itu sentiasa dibangkitkan dan menjadi rungutan orang ramai memandangkan sukar mendapat akses Internet di sesuatu kawasan atau tempat.

“Ada isu liputan dalam bangunan kerana beberapa peralatan perlu pasang dalam bangunan (untuk mendapat rangkaian) tetapi apabila berada di luar, pengguna dapat akses tetapi masuk dalam bangunan liputan itu kurang baik... maka, perlu ada kerjasama dalam kalangan syarikat telekomunikasi melalui MCMC, apakah kawasan yang perlu diberi keutamaan.

“Masalah (rangkaian) di lebuh raya sering kali mutu perkhidmatan (syarikat telekomunikasi) dibangkitkan orang ramai malah di sesetengah stadium ketika tonton bola sepak, aduan diterima tiada liputan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini. 

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai harapan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) untuk Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Feb ini dan menurut beliau isu kualiti perkhidmatan syarikat telekomunikasi itu antara isu yang mahu diselesaikan secara pukal bagi kepentingan pengguna.

“Bila bab bil (telefon) dibayar lewat (oleh pengguna) akan dipotong tetapi bila mutu perkhidmatan tidak ditepati kemahuan atau tahap yang boleh kita terima namun tiada kesan (kepada syarikat telekomunikasi),” katanya.

Selain itu, beliau berkata KKD juga memfokuskan untuk menyelesaikan masalah rangkaian Internet terutama di kawasan berpenduduk tiga peratus iaitu membabitkan kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli.

“Ini merupakan kawasan yang dari segi jaringan gentian bagi kebanyakan syarikat telekomunikasi berasakan kosnya adalah tinggi dan KKD sedang teliti beberapa cara termasuk penggunaan sistem Internet satelit dan beberapa teknologi lain untuk menyelesaikannya.

“Ini amat penting kerana bagi saya supaya tiga peratus (kawasan berpenduduk) yang merangkumi 3,000 kawasan dengan jumlah penduduk dari 50 hingga lebih 100 orang ini dilibatkan dalam ekonomi digital,” katanya.

Mengenai kenaikan harga sayur, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berhasrat untuk mewujudkan satu sistem data raya bagi menangani isu berkenaan.

“(Sistem ini) merangkumi apakah stok yang ada, berapakah jumlah bentuk tanaman yang ada di ladang dan apa yang ada di pasaran. Ini akan dapat membantu dari segi perancangan masa panjang dan saya percaya dalam masa terdekat, menteri berkenaan akan teliti isu ini untuk diselesaikan dengan cara terbaik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pengurangan peruntukan setiap Ahli Parlimen, Fahmi menyarankan agar pihak syarikat di sesuatu kawasan Parlimen untuk membantu wakil rakyat mereka dalam usaha merancakkan pembangunan di kawasan masing-masing.

Beliau berkata bagaimanapun langkah membantu Ahli Parlimen itu tidak boleh dijadikan alasan untuk pihak syarikat mendapatkan timbal balas atas apa yang telah diberikan secara sesuka hati.

“Sekiranya boleh, syarikat-syarikat ambil ikhtiar untuk memahami kawasan sekitar mereka dan apa yang boleh mereka bantu di kawasan lokaliti itu,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Pada Jumaat lepas, dilaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengesahkan terdapat pengurangan peruntukan pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta yang bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Hab Digital Di Rantau Asia Tenggara

2

Semasa 4 hari yang lalu

KKD Sokong Usaha Bawa Masuk Peralatan Studio Produksi Maya

3

Semasa 6 hari yang lalu

Tindakan Tegas Muat Kandungan Benci Elemen 3R, Penjara, Denda RM50,000 Menanti

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Garis Panduan PUSPAL Akan Ditambah Baik Mengikut Kesesuaian - Fahmi

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Penggusti APAC Sedia Bersaing Dengan Jaguh Dunia Di Jepun Dan AS

Semasa 7 jam yang lalu

Tiada Virus Marburg Dikesan Di Malaysia Setakat Ini - Dr Zaliha

Semasa 1 hari yang lalu

JNJ Group Perluaskan Perniagaan Ke Indonesia

oleh Aiman Sadiq

Semasa 15 jam yang lalu

Sultan Johor Titah Cadangkan Tanah Orang Asli Dijadikan Tanah Kesultanan