web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Angka Korban Meningkat Lebih 500 Di Turkiye, Syria Selepas Gempa Bumi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:00PM

Gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin telah meragut lebih 500 nyawa di negara itu dan Syria. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ANKARA/IDLIB - Gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin telah meragut lebih 500 nyawa di negara itu dan Syria.

Menurut Naib Presiden Turkiye Fuat Oktay, sekurang-kurangnya 284 orang terbunuh manakala 2,323 yang lain cedera serta 1,710 bangunan musnah di negara itu setakat ini, lapor Agensi Anadolu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada 4.17 pagi (0117GMT) waktu tempatan disusuli 78 gegaran susulan.

Wilayah Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakır, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay dan Kilis terjejas teruk akibat gempa itu.

"Presiden (Recep Tayyip Erdogan) telah mengikuti dan menguruskan bencana itu sejak kejadian gempa bumi berlaku," kata Oktay.
Beliau menambah bahawa Lapangan Terbang Hatay termasuk Kahramanmaras dan Gaziantep kini ditutup untuk penerbangan awam.

Turkiye telah mengeluarkan amaran gempa bumi tahap empat termasuk mengalu-alukan bantuan antarabangsa, menurut AFAD dalam satu kenyataan.

"Tawaran bantuan diterima dari banyak negara, terutamanya Belanda, Azerbaijan dan United Kingdom," menurut kenyataan itu.

Selain pasukan penyelamat, selimut, makanan dan pasukan sokongan psikologi turut dihantar ke wilayah itu.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 237 orang terbunuh manakala 639 yang lain cedera di Syria berikutan kejadian gempa bumi itu.

Gegaran kuat dilaporkan melanda wilayah Idlib, Aleppo, Hama, Latakia, dan Raqqa di Syria, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita SANA. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Malaysia Sedia Hulurkan Bantuan - PM

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi Magnitud 4.8 Gegarkan New Jersey, New York

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Gempa Bumi: Pihak Berkuasa Jepun Masih Kesan 51 Orang Yang Dilaporkan Hilang

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran