web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bayi Maut Disyaki Didera Pengasuh

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 8:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan disahkan meninggal dunia dipercayai akibat didera pengasuhnya, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, bayi malang terbabit dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Selangor dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat lebam di bahagian mulut dan kecederaan di bahagian dubur bayi berkenaan.''

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata kehadiran bayi itu diterima seorang doktor berusia 34 tahun yang berkhidmat di hospital berkenaan.

Katanya, bayi itu dibawa oleh seorang lelaki tempatan yang dipercayai pengasuh.

“Hasil bedah siasat mendapati terdapat lebam di bahagian mulut dan kecederaan di bahagian dubur bayi berkenaan.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh, pada jam 8 malam semalam, sepasukan polis telah berjaya menahan pasangan suami isteri warga tempatan berusia 35 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pasangan terbabit ditahan di sebuah rumah pangsapuri di Jalan PJU 1A/42 Kelana Jaya, Selangor.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek lelaki terbabit mempunyai dua rekod jenayah dalam kes dadah (Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah),” katanya.

Mohamad Fakhrudin berkata, keterangan saksi telah membantu siasatan terhadap kedua-dua suspek terbabit.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. - Getaran, 30 April 2021
 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar