web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Tahun! Teknologi ‘Trenchless Liner’ Percepat Penggantian Paip Lama Di Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 1:09PM

Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk mempercepatkan projek membaik pulih paip lama bagi mengatasi masalah bekalan air yang terjejas - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU - Green Area Technology Asia (GAT Asia) menegaskan kerja penggantian baki 6,000 kilometer (km) paip air uzur bawah tanah di negeri itu dapat diselesaikan dalam tempoh empat tahun dengan penggunaan teknologi tanpa parit (trenchless liner).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ammar Fikri berkata, teknologi tersebut juga mampu menyelesaikan kerja penaiktarafan paip air yang terjejas dengan kos lebih rendah berbanding kaedah konvensional.

“Kira-kira 20 hingga 30 peratus dapat dijimatkan sekiranya pihak bertanggungjawab menggunakan teknologi ditawarkan kami berbanding kaedah lama yang memerlukan kontraktor menggali dan mengesan kedudukan paip yang mengalami kerosakan untuk diganti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, selain kos yang lebih efisien, penggunaan teknologi itu juga tidak akan menyebabkan bekalan air di negeri berkenaan terganggu akibat kerja penaiktarafan tersebut.

“Paip saluran air yang sudah uzur di Johor menjadi penyumbang utama kepada isu ketirisan bekalan air terawat. Ia juga menyebabkan peningkatan kes gangguan bekalan air kepada pengguna sejak kebelakangan ini,” katanya.

Ammar berkata, pihaknya sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk membawa teknologi hijau tersebut bagi kerja penaiktarafan paip lama di negeri itu. 

“Sebagai sebuah syarikat pembekal teknologi hijau tempatan, adalah menjadi tanggungjawab GAT Asia untuk membantu kerajaan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan kepakaran serta keupayaan kami,” katanya.

Justeru, katanya, GAT Asia sedia memberikan komitmen terbaik kepada kerajaan Johor demi kelestarian dan kemaslahatan seluruh penduduk di negeri berkenaan.

Terdahulu, media melaporkan kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk mempercepatkan projek membaik pulih paip lama bagi mengatasi masalah bekalan air yang terjejas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, tempoh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja membaik pulih baki 6,000km paip lama, dijangka mengambil masa sehingga 10 tahun untuk diselesaikan. - Getaran, 6 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan