web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Sebarang Had Umur Untuk Pemilik Lesen Vokasional - Wee Ka Siong

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 5:50PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang syarat atau peraturan berkaitan had umur dikenakan kepada mana-mana individu yang ingin memiliki Lesen Vokasional.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, lesen berkenaan terbuka untuk semua individu yang ingin berkhidmat sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan awam, termasuk e-hailing atau kenderaan barangan dagangan (GDL).

Menurut beliau, pemilikan lesen berkenaan dibenarkan selagi semua peraturan ditetapkan syarikat berkaitan dipatuhi, termasuk mengemukakan laporan perubatan yang mengesahkan individu terbabit sihat dan berupaya melaksanakan fungsi pemanduan dengan selamat.

"Penetapan had umur maksimum oleh pihak Grab seperti dilaporkan ialah syarat dalaman ditetapkan syarikat berkenaan," katanya.

Ka Siong berkata, pihaknya juga berharap semua operator perkhidmatan e-hailing di seluruh negara termasuk Grab dapat menilai semula syarat-syarat dalaman yang ditetapkan dari masa ke masa.

“Penetapan ini termasuk yang berkaitan dengan had umur maksimum.

“Ia bertujuan untuk membantu semua yang terlibat dapat meneruskan kelangsungan kehidupan mereka dengan bekerja sebagai pemandu e-hailing,” ujarnya. - Getaran, 30 April 2021

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 minit yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 8 jam yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

oleh Sophia Ahmad