web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PGIRM Ulangi Desakan Pengeluaran KWSP Bersasar, Harap Lulus Sebelum Sesi Persekolahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 8:45PM

Menurut PGIRM, golongan pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka itu dan pihaknya sangat berharap kerajaan dapat meluluskannya sebelum sesi persekolahan 2023 bermula - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mengulangi desakan supaya tuntutan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar diluluskan segera.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, golongan pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka itu dan pihaknya sangat berharap kerajaan dapat meluluskannya sebelum sesi persekolahan 2023 bermula.

Menurutnya, selepas beberapa sesi soal jawab bersama pencarum yang tertekan dan terdesak, didapati hampir kesemua mereka bukanlah bergantung harap sepenuhnya kepada wang KWSP.

“Tetapi keadaan memaksa, tiada pilihan lain dan pengeluaran secara bersasar ini adalah satu tuntutan pengeluaran kecemasan kepada pencarum.

“Mereka sangat terkesan dan terbelenggu dengan kos sara hidup yang terus meningkat serta menekan hidup mereka,” katanya menerusi kenyataan.

Azmi berkata, susulan kenaikan harga barang, golongan itu dikatakan tidak dapat menampung kelangsungan hidup, terutama dengan pendapatan tidak seimbang dan pekerjaan tidak stabil.

Justeru, katanya, jalan terakhir adalah dengan membenarkan pengeluaran kecemasan KWSP secara bersasar bagi pencarum meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Semalam, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan sebagai memberi komitmen untuk membangkitkan isu berhubung pengeluaran caruman KWSP secara bersasar di Dewan Rakyat, bulan ini.  - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad