web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tugas Polis Terima Laporan Kes Hidup, Mati, Tidak Kira Pakaian Seseorang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 5:08PM

Musa Hassan berkata, pakaian orang awam yang hadir ke balai polis tidak seharusnya menjadi isu kerana mereka memerlukan bantuan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, polis bertanggungjawab menerima laporan dibuat orang awam dalam apa jua situasi tanpa mengira kes hidup atau mati.

Justeru, beliau berkata, pakaian orang awam yang hadir ke balai polis tidak seharusnya menjadi isu kerana mereka memerlukan bantuan.

“Tiada sesiapa yang akan pergi ke balai polis untuk membuat laporan polis melainkan mereka terpaksa kerana mereka memerlukan bantuan polis.

“Ia bukan sahaja dalam kes hidup dan mati, jadi tidak kira bagaimana seseorang itu harus berpakaian. Adalah menjadi tugas polis untuk menerima laporan dalam apa jua situasi,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani semalam, bahawa orang awam perlu akur dengan kod etika berpakaian ketika mahu membuat aduan atau sebarang urusan lain di balai polis, kecuali membabitkan kes kecemasan serius antara ‘hidup dan mati’.

Tegasnya, etika itu selaras dengan prinsip kelima dalam Rukun Negara, kesopanan dan kesusilaan.

Menurut beliau, etika berpakaian untuk orang awam berurusan di balai polis ketika ini berdasarkan arahan dikeluarkan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Terdahulu, dalam satu insiden Isnin lalu, seorang wanita yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk membuat laporan mengenai insiden nahas jalan raya, tidak dibenarkan masuk kerana memakai pakaian didakwa tidak bersesuaian.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilaporkan berkata, anggota pengawal bertugas tidak membenarkan wanita berusia lewat 30-an itu masuk ke IPD Kajang selepas mendapatinya memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut).

Wanita itu kemudian dinasihati memakai pakaian bersesuaian jika mahu berurusan di premis kerajaan, namun tidak berpuas hati dan enggan mengikut arahan serta memprovokasi anggota bertugas.

Anggota terbabit sekali lagi menasihatinya menukar seluar yang lebih bersesuaian, sebelum wanita itu akhirnya akur dan kembali semula ke IPD Kajang kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian bersama dua rakannya, dengan memakai seluar panjang. - Getaran, 5 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 4 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar